GeNerAsi ULuL aLBaB
MusLiM GemiLaNg JasMaNi, RohaNi, MeNtaL, daN fiZikaL
Thursday, July 26, 2012
Monday, June 4, 2012
Kemalangan Yang Menginsafkan...
BAAMMMMM!!!!
4.30am - Bunyi dentuman bergema memecah keheningan malam.
Tatkala semua orang sedang nyenyak tidur, tiba-tiba terdengar jeritan..."ASTAGHFIRULLAHALAZIMMM...!! ASTAGHFIRULLAHALAZIMMM...!!!"
"Tolong!! Tolongggg!!! Darah menitik!!"
"Bukak lampu!!!"
Demikian kedengaran jeritan beberapa orang penumpang bas yang baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalanraya di kilometer 330.2 (Gopeng - Perak) menghala ke selatan.
Kecederaan yang dialami tidaklah serius. Namun cukup untuk membuatkan para penumpang trauma seketika. Mungkin mengambil masa 2 atau 3 hari untuk kembali bersemangat.
Penulis ketika itu berada di dalam bas tersebut dan cuba membantu untuk menenangkan keadaan. Pintu kecemasan dibuka dan para penumpang turun seorang demi seorang melalui pintu tersebut yang terletak di belakang bas.
Demikian kedengaran jeritan beberapa orang penumpang bas yang baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalanraya di kilometer 330.2 (Gopeng - Perak) menghala ke selatan.
Kecederaan yang dialami tidaklah serius. Namun cukup untuk membuatkan para penumpang trauma seketika. Mungkin mengambil masa 2 atau 3 hari untuk kembali bersemangat.
Penulis ketika itu berada di dalam bas tersebut dan cuba membantu untuk menenangkan keadaan. Pintu kecemasan dibuka dan para penumpang turun seorang demi seorang melalui pintu tersebut yang terletak di belakang bas.
Bas mengalami kemalangan akibat kecuaian pemandu |
5.00am - Para penumpang semuanya sudah selamat dikeluarkan daripada bas dan dikumpulkan di tepi jalan bagi menanti bantuan tiba.
5.15am - Dua buah ambulans datang memberikan bantuan. Penumpang yang cedera ringan dibawa ke hospital yang berdekatan. Tiada yang mengalami kecederaan serius. Masing-masing menanti ketibaan bas ganti bagi menuju ke Johor Baharu.
5.15am - Dua buah ambulans datang memberikan bantuan. Penumpang yang cedera ringan dibawa ke hospital yang berdekatan. Tiada yang mengalami kecederaan serius. Masing-masing menanti ketibaan bas ganti bagi menuju ke Johor Baharu.
Kesesakan lalulintas akibat kemalangan |
Berhati-hati di jalanraya |
7.00am - Bas ganti tiba. Alhamdulillah mujur tiada yang terkorban. Pemandu bas juga selamat. Bas tersebut sebenarnya telah melanggari sebuah lori di hadapannya. Berkemungkinan bas yang dipandu terlalu laju ataupun mungkin pemandu keletihan dan mengantuk. Hanya seorang sahaja pemandu yang memandu dari Kangar. Ini merupakan kesilapan yang benar-benar serius dan boleh disaman kerana mengambil risiko yang sangat merbahaya ini! Sepatutnya bas yang akan berjalan jauh MESTI menyediakan sekurang-kurangnya dua orang pemandu bas.
**************************************
Kejadian yang berlaku sebenarnya mengandungi banyak hikmah dan pengajaran. Berkemungkinan ianya merupakan kaffarah dosa terhadap diri kita terutamanya penulis. Penulis menginsafi bagaimana sekiranya kejadian tersebut berlaku dengan lebih teruk lagi? Sudahkah kita bersedia dengan kematian? Cukupkah amal kita sebagai bekalan? Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambil nyawa hamba-hambaNya....
Semoga pengakhiran kita semua berada dalam keadaan yang baik... Amin...
"Allahummakhtim lana bi husnil khotimah, wala takhtim 'alaina bi suuil khotimah..."
Sunday, May 27, 2012
pEraNg iDEoLogi
Assalamualaikum wbt...
Direct to the point, apakah itu pEraNg iDEoLogi??
Perang ideologi merupakan satu peperangan masa kini. Sebenarnya peperangan ini sudah lama dilancarkan sejak peperangan salib lagi. Setelah puak-puak kuffar melihat bahawa mereka tidak dapat memenangi orang-orang Islam melalui perang bersenjata, maka perang saraf ataupun peperangan ideologi ini dilancarkan. Ia berterusan sehingga kini dan kesannya banyak yang dapat dilihat di negara kita sejak akhir-akhir ini.
Bagaimana pEraNg iDEoLogi ini boleh menular?
Ia menular melalui pelbagai cara. Antaranya ialah menerusi dakyah orang yang membawa ideologi dan fahaman tersebut. Dengan arus globalisasi yang semakin popular masa kini, ideologi-ideologi dan fahaman-fahaman tersebut lebih mudah meresap ke dalam diri individu-individu yang lemah iman dan jati diri.
Akhir-akhir ini, sejak hangat negara kita ini memperkatakan mengenai isu hak asasi (kes seksualiti merdeka, LGBT, Irshad Manji, dll.), maka orang yang membawa ideologi-ideologi dan fahaman-fahaman ini mula tersenyum. Mereka akan gunakan ruang dan peluang ini untuk menyebarkan dakyah mereka.
Ideologi dan fahaman songsang juga boleh merebak melalui penulisan-penulisan blog, website, buku, majalah, media baru, dan sebagainya.
Siapa mangsa pEraNg iDEoLogi?
Sasaran mangsa ialah sesiapa sahaja yang masih belum menganut ideologi dan fahaman mereka. Tetapi yang lebih disasarkan ialah orang yang lemah iman dan kurang penghayatan agama. Jarum-jarum halus akan mula dimasukkan dengan mengajak individu-individu yang lemah iman itu memikirkan akan ideologi mereka. Sedikit demi sedikit individu-individu tersebut akan ditarik jauh dari landasan keimanan yang sebenar.
Apakah contoh-contoh pEraNg iDEoLogi?
Apa sahaja fahaman dan ideologi yang bertentangan dengan Islam maka ia tertolak. Orang-orang yang membawa ideologi dan fahaman songsang ini akan mula menggunakan jarum-jarum halus dengan mengajak individu-individu yang lemah iman itu untuk belajar agama secara LOGIK dan SEKERAT-SEKERAT. Sekiranya individu-individu yang lemah iman tersebut mendengar 'LOGIK-LOGIK SEKERAT' tersebut, dan gagal untuk melihat Islam yang syumul ini secara keseluruhannya, maka jarum-jarum halus hasil dari pEraNg iDEoLogi ini akan mula mencucuk mereka.
Apakah pEraNg iDEoLogi yang paling bahaya?
Kesemuanya bahaya sebab mengancam akidah umat Islam. Namun yang paling berbahaya ialah ideologi dan fahaman yang BERSELINDUNG DISEBALIK NAMA ISLAM. Ini termasuklah Syiah, Islam Libral, Islam Sekular dan sebagainya. Islam ialah Islam dan tidak boleh dipalitkan dengan apa-apa selain Islam!
Bagaimana untuk mengatasi pEraNg iDEoLogi?
1. Gunakan undang-undang. Dalam undang-undang Malaysia, ada menyebut bahawa agama selain Islam tidak boleh disebarkan atau didakyahkan kepada orang Islam. Namun, undang-undang tidak ampuh kerana ia boleh digubal semula oleh parlimen. Bagaimana caranya ialah dengan memastikan 2/3 ahli parlimen menyokong untuk meminda undang-undang tersebut. Sebab itulah umat Islam yang majoritinya Melayu di negara kita ini kena SEPAKAT UNTUK MENDAULATKAN ISLAM. Salah satu caranya ialah parti-parti politik yang mewakili majoriti orang-orang Melayu Muslim, WAJIB SEPAKAT untuk memastikan orang-orang yang pro-agenda Islam yang memenuhi lebih 2/3 majoriti parlimen. Maka undilah calon-calon pro-AGENDA ISLAM. Anda yang akan menentukan masa depan anda.
2. Cara undang-undang mungkin tidak bertahan lama. Maka saya menyeru umat Islam terutamanya di Malaysia ini agar memaut pegangan agama Islam SEKUAT-KUATNYA umpama anda menggigitnya dengan gigi geraham anda!! Ini sangat-sangat PENTING DAN MUSTAHAK kerana ia merupakan soal akidah. Perkara ini disebut oleh Baginda SAW dalam hadis:
Maka barangsiapa yang menjumpai itu (perpecahan umat) hendaklah dia berpegang kepada Sunnahku dan Sunnah para khalifah yang menunjukkan kepada kebaikan dan mendapat petunjuk, gigitlah Sunnah ini dengan gigi geraham. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 2600, dan lainnya. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani. Lihat Silsilah as-Shahihah, 6/610)
3. Setiap individu Muslim wajib ada 'circle-iman' masing-masing. 'Circle iman' yang saya maksudkan di sini ialah keterikatan dengan jemaah-jemaah dakwah atau tarbiyah. Tempat yang mana boleh merujuk kepada yang tsiqah (dipercayai) dari aspek ilmu agamanya. Sebagai contoh usrah atau kelas pengajian talaqi bersama ustaz-ustaz atau ulama yang tsiqah (dipercayai). Dalam dunia yang semakin mencabar ini, saya merasakan ianya bukan lagi fardhu kifayah, tetapi suatu keperluan yang WAJIB.
4. Aktivis-aktivis dakwah perlu merancakkan lagi gerakan dakwah mereka dan mengelakkan perselisihan sesama umat Islam. Bersepakatlah bagi menegakkan kalimatul ulyaa (kalimah Tauhid) dan mendirikan sistem-sistem Islam dan elakkan perselisihan furu' (cabang). Beranikanlah mengatakan yang Haq (walaupun pahit) dan julangkanlah bendera Islam setinggi-tingginya!! Pertingkatkan amal dan hubungan dengan masyarakat setempat. Jadikanlah kelaziman memberi tazkirah dan menyampaikan peringatan kepada sesiapa sahaja yang anda temui. Sesungguhnya tazkirah itu bermafaat bagi orang-orang yang beriman.
5. Buat para asatizah, teruslah menyampaikan kebenaran dan mungkin boleh menggunakan pendekatan baru dengan berdakwah di tempat-tempat awam disamping meneruskan pengajian di surau-surau dan masjid-masjid. Moga-moga dengan usaha para asatizah dan jemaah dakwah akan dapat menyentuh lebih banyak hati insan-insan yang alpa.
Mungkin setakat ini dahulu penulisan saya, sampaikanlah dan sebarkanlah jika bermanfaat...
Wallahua'laam...
Tuesday, April 17, 2012
Wednesday, February 22, 2012
Wacana Kefahaman Islam: Isu Libralisme dan Sekularisme
Assalamualaikum wbt...
Jemputan kepada sahabat-sahabat untuk hadir ke majlis ilmu pada hari Jumaat ini di Masjid Mutiara Rini, Johor...
Subscribe to:
Posts (Atom)