Selamat Datang... Ahlan wasahlan...

Monday, June 4, 2012

Kemalangan Yang Menginsafkan...

BAAMMMMM!!!!

4.30am - Bunyi dentuman bergema memecah keheningan malam.
Tatkala semua orang sedang nyenyak tidur, tiba-tiba terdengar jeritan...

"ASTAGHFIRULLAHALAZIMMM...!! ASTAGHFIRULLAHALAZIMMM...!!!"
 
"Tolong!! Tolongggg!!! Darah menitik!!"
 
"Bukak lampu!!!"

Demikian kedengaran jeritan beberapa orang penumpang bas yang baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalanraya di kilometer 330.2 (Gopeng - Perak) menghala ke selatan.

Kecederaan yang dialami tidaklah serius. Namun cukup untuk membuatkan para penumpang trauma seketika. Mungkin mengambil masa 2 atau 3 hari untuk kembali bersemangat.

Penulis ketika itu berada di dalam bas tersebut dan cuba membantu untuk menenangkan keadaan. Pintu kecemasan dibuka dan para penumpang turun seorang demi seorang melalui pintu tersebut yang terletak di belakang bas.

Bas mengalami kemalangan akibat kecuaian pemandu
5.00am - Para penumpang semuanya sudah selamat dikeluarkan daripada bas dan dikumpulkan di tepi jalan bagi menanti bantuan tiba.

5.15am - Dua buah ambulans datang memberikan bantuan. Penumpang yang cedera ringan dibawa ke hospital yang berdekatan. Tiada yang mengalami kecederaan serius. Masing-masing menanti ketibaan bas ganti bagi menuju ke Johor Baharu.

Kesesakan lalulintas akibat kemalangan

Berhati-hati di jalanraya
7.00am - Bas ganti tiba. Alhamdulillah mujur tiada yang terkorban. Pemandu bas juga selamat. Bas tersebut sebenarnya telah melanggari sebuah lori di hadapannya. Berkemungkinan bas yang dipandu terlalu laju ataupun mungkin pemandu keletihan dan mengantuk. Hanya seorang sahaja pemandu yang memandu dari Kangar. Ini merupakan kesilapan yang benar-benar serius dan boleh disaman kerana mengambil risiko yang sangat merbahaya ini! Sepatutnya bas yang akan berjalan jauh MESTI menyediakan sekurang-kurangnya dua orang pemandu bas.

**************************************

Kejadian yang berlaku sebenarnya mengandungi banyak hikmah dan pengajaran. Berkemungkinan ianya merupakan kaffarah dosa terhadap diri kita terutamanya penulis. Penulis menginsafi bagaimana sekiranya kejadian tersebut berlaku dengan lebih teruk lagi? Sudahkah kita bersedia dengan kematian? Cukupkah amal kita sebagai bekalan? Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambil nyawa hamba-hambaNya....

Semoga pengakhiran kita semua berada dalam keadaan yang baik... Amin...

"Allahummakhtim lana bi husnil khotimah, wala takhtim 'alaina bi suuil khotimah..."