Pages

Selamat Datang... Ahlan wasahlan...

Saturday, February 11, 2012

3 Hari Lagi!!

Assalamualaikum wbt...

Apa yang 3 hari lagi tu?? Owh... 14 Februari.... So, kenapa dengan 14 Februari?

Hari kekasih?? Owh... tidak... Kami umat Islam tidak menyambut hari kekasih tersebut! Sila fahami ya. Jadi janganlah promote jualan bunga ke, cokelat ke, wishing ke apa2 mengenai valentine pada hari tersebut. Sebab memang menyambut sambutan tersebut merupakan perbuatan yang tidak syarie. Sekian...

Jadi, apa yang 3 hari lagi tu??

Ya, kita akan menyambut Hari Menutup Aurat Antarabangsa!! Hooorey~


Apa agaknya ye yang boleh dibuat pada hari ini?

  1. Setiap lelaki yang sebelum ini keluar rumah atau bermain bola dengan seluar pendek, akan mula memakai seluar panjang.
  2. Setiap lelaki yang kadang-kadang pakai seluar panjang, kadang-kadang seluar pendek, akan istiqamah memakai seluar panjang sahaja.
  3. Setiap wanita yang sebelum ini keluar rumah tidak bertudung, akan mula memakai tudung.
  4. Setiap wanita yang kadang-kadang pakai tudung, kadang-kadang tidak, akan mula istiqamah memakai tudung.
  5. Setiap wanita yang tidak memakai stokin, akan memakainya setiap kali keluar rumah.
  6. Setiap wanita yang memakai pakaian yang ketat, akan mula memakai pakaian yang longgar yang tidak menampakkan susuk tubuh.
  7. Setiap wanita yang memakai baju lengan 3 suku, akan mula memakai baju lengan panjang sehingga ke pergelangan tangan.
  8. (dan macam-macam lagi)
Selamat beramal dan istiqamah... (^___^)

p/s: Kenyataan JAKIM mengenai sambutan hari kekasih
Feel free to like, share and comments... (^__^)

Tuesday, February 7, 2012

Peta Dunia 2012 - Apa Kelainannya??

Assalamualaikum wbt...

Sedang saya asyik membuat slide presentation untuk pembentangan Tokoh Tabi'in, Sa'id bin Jubair, tiba-tiba terasa nak tengok-tengok peta di mana kisah-kisah hidup beliau. dicoretkan Beliau ketika itu banyak menghabiskan masanya di Kufah.

Peta: Belon A menunjukkan kedudukan Kufah

Search punya search, barulah tahu bahawa Kufah ni terletak di Iraq. Negara yang diserang oleh Amerika dan sekutunya secara zalim. Sehingga kini rakyat di Iraq masih sengsara akibat peperangan itu. Rakyat Iraq lebih derita kehidupan mereka berbanding ketika zaman Saddam Hussein. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada mereka. Sesungguhnya mereka juga saudara seakidah kami...

Kemudian secara sengaja saya ingin sangat lihat peta di Palestin. Sangat terkejut apabila yang keluar bukanlah Palestin, tetapi negara haram israel. Sahabat-sahabat boleh check sendiri dengan google map.

Negara Palestin benar-benar telah dihapuskan dari peta dunia. Jika anda search "Gaza", benda yang akan ditulis untuk option ialah "Gaza, Jurusalem, Israel"

Kemudian saya cuba dapatkan jarak destinasi diantara tempat-tempat di sekitar Palestin dan daerah-daerah di negara jiran mereka. Sebagai contoh, saya cuba dapatkan jarak (Get Direction) dari Tel Aviv ke Balqa, Jordan. Apa yang ditulis ialah "We could not calculate directions between Tel Aviv, Israel and Balqa, Jordan". Israel telah memastikan agar semua orang tidak dapat access jarak sebenar untuk sampai ke Palestin. Banyak kali saya cuba untuk dapatkan jarak diantara daerah-daerah dalam negara Palestin ke daerah-daerah di luar negara Palestin. Akan tetapi jawapan yang diberikan adalah sama!

"We could not calculate directions between Tel Aviv, Israel and Balqa, Jordan"

Malah jika dicari jarak diantara daerah-daerah di sempadan Gaza dengan luar sempadan Gaza pun jarak yang diberikan tidak tepat. Pengukurannya bermula dari luar sempadan Gaza tersebut. Sebagai contoh jarak dari "Erez" ke "Bayt Hanun" telah dikira secara sengaja bermula dari garisan luar sempadan.

Jarak daerah dari dalam sempadan Gaza tidak boleh dikira. Ianya akan dikira bermula dari luar garisan sempadan.

Ya, apa yang telah digembar-gemburkan sebelum ini (bahawa Palestin akan dihapuskan dari peta dunia) benar-benar telah berlaku! Rakyat Palestin terus sengsara. Mereka perlukan sokongan dan dokongan daripada seluruh umat Islam di seluruh Dunia. Perjuangan mereka adalah perjuangan yang sah mengikut undang-undang dunia dan merupakan jihad. Teruslah menghulurkan bantuan kepada mereka. Salurkan bantuan-bantuan anda melalui AMAN PALESTIN. Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan hari ini, bila lagi?

Wallahua'laam....

p/s: Ikuti Bicara Rakyat mengenai Isu Palestin dan Israel bersama Ustaz Abdullah Zaik (Presiden Eksekutif Aman Palestin), Ustaz Hasan Basri (Bekas Ketua Penerangan PAS) dan PM Dr. Ridhuan Tee (UPNM).


Feel free to like, share and comments... (^__^)

Sunday, February 5, 2012

Bedah Buku: TaFriq?? Apakah itu?

Tajuk Buku: Rintangan Sepanjang Perjalanan

Tafriq ialah penyakit lalai dalam beramal siang dan malam (tanggungjawab banyak tetapi tidak komited dalam kerja, suka menangguh-nangguhkan kerja). Sebagai contoh, sepatutnya kita solat subuh jemaah, tetapi melalaikannya. Tidak seimbang antara kerja seharian dengan ibadah.

"Tafriq = Lalai dalam beramal"

Tanggungjawab kita sebenarnya banyak. Ya, banyak memang banyak. Imam Al-Banna menyatakan bahawasanya "Waajibaat aktharu minal auqaat". Maksudnya tanggungjawab melebihi masa-masa yang ada. Justeru itu, mari kita lihat apa faktor-faktor, kesan-kesan dan cara merawat penyakit "Tafriq" ini.


Gambar hiasan: Kelalaian boleh menyebabkan banyak implikasi buruk terhadap amal islami


Faktor-Faktor Yang Membawa Kepada Tafriq

1. Mengotori diri dengan maksiat dan dosa-dosa kecil [42:30].
2. Berlebihan dengan perkara-perkara yang mubah (harus). Contohnya makan berlebihan, tidur berlebihan, merasakan selesa dengan sesuatu perkara, suka kerehatan (comfort zone).
3. Tidak mengetahui nilai nikmat dan cara untuk mengekalkan nikmat tersbut [14:7].
4. Lalai akan keperluan beramal siang dan malam seperti membaca mathurat, solat berjemaah dan tilawatul Quran.
5. Hilangnya tasawur (gambaran) yang benar tentang hakikat ganjaran daripada beramal siang dan malam.
6. Melupakan kematian [3:185].
7. Merasakn diri sudah sempurna. Contohnya, apabila sudah berusrah, rasa diri sudah cukup baik, tidak perlu beramal lagi.
8. Terlalu banyak kerja, bebanan dan kewajipan sehingga melupakan wajibat harian seperti membaca Al-Quran dan solat berjemaah. 
9. Suka bertangguh.
10. Ikut qiadah / naqib membuat perkara kelalaian.

Saidina Umar berkata "Kekuatan kamu adalah kamu tidak menangguhkan kerja hari ini pada hari esok".

Kesan-Kesan Tafriq Kepada Individu

1. Keresahan dan kegelisahan jiwa (tidak tenang).
2. Kurang melakukan amal / kewajipan.
3. Keberanian bermaksiat.
4. Lemah dan hancurnya daya tahan [11:52].
5. Dijauhkn daripada mendapat taufiq hidayah daripada Allah (nauzubillah).
6. Hiangnya kewibawaan dan pengaruh manusia kepada pendakwah.

Kesan-Kesan Besar Pada Amal Islami
1. Menyebabkan jemaah banyak bebanan yg tidak selesai
2. Tiada keteguhan dalam menghadapi mehnah dan tribulasi (ujian).


Gambar hiasan: Mengingati kematian antara cara terbaik bermuhasabah diri


Cara-Cara Merawat

1. Menghayati Al-Quran dan Sunnah
2. Seimbang dalam urusan (tidak berlebihan dan bersederhana)
3. Sentiasa berjemaah
4. Sentiasa meneladani orang-orang yang soleh
5. Sentiasa mengingati kematian

"Setiap jiwa pasti akan merasai kematian..."
[Surah Ali-Imran, 3: Ayat 185]