Assalamualaikum wbt...
Sedang saya asyik membuat slide presentation untuk pembentangan Tokoh Tabi'in, Sa'id bin Jubair, tiba-tiba terasa nak tengok-tengok peta di mana kisah-kisah hidup beliau. dicoretkan Beliau ketika itu banyak menghabiskan masanya di Kufah.
Peta: Belon A menunjukkan kedudukan Kufah |
Search punya search, barulah tahu bahawa Kufah ni terletak di Iraq. Negara yang diserang oleh Amerika dan sekutunya secara zalim. Sehingga kini rakyat di Iraq masih sengsara akibat peperangan itu. Rakyat Iraq lebih derita kehidupan mereka berbanding ketika zaman Saddam Hussein. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada mereka. Sesungguhnya mereka juga saudara seakidah kami...
Kemudian secara sengaja saya ingin sangat lihat peta di Palestin. Sangat terkejut apabila yang keluar bukanlah Palestin, tetapi negara haram israel. Sahabat-sahabat boleh check sendiri dengan google map.
Negara Palestin benar-benar telah dihapuskan dari peta dunia. Jika anda search "Gaza", benda yang akan ditulis untuk option ialah "Gaza, Jurusalem, Israel" |
Kemudian saya cuba dapatkan jarak destinasi diantara tempat-tempat di sekitar Palestin dan daerah-daerah di negara jiran mereka. Sebagai contoh, saya cuba dapatkan jarak (Get Direction) dari Tel Aviv ke Balqa, Jordan. Apa yang ditulis ialah "We could not calculate directions between Tel Aviv, Israel and Balqa, Jordan". Israel telah memastikan agar semua orang tidak dapat access jarak sebenar untuk sampai ke Palestin. Banyak kali saya cuba untuk dapatkan jarak diantara daerah-daerah dalam negara Palestin ke daerah-daerah di luar negara Palestin. Akan tetapi jawapan yang diberikan adalah sama!
"We could not calculate directions between Tel Aviv, Israel and Balqa, Jordan"
Malah jika dicari jarak diantara daerah-daerah di sempadan Gaza dengan luar sempadan Gaza pun jarak yang diberikan tidak tepat. Pengukurannya bermula dari luar sempadan Gaza tersebut. Sebagai contoh jarak dari "Erez" ke "Bayt Hanun" telah dikira secara sengaja bermula dari garisan luar sempadan.
Jarak daerah dari dalam sempadan Gaza tidak boleh dikira. Ianya akan dikira bermula dari luar garisan sempadan. |
Ya, apa yang telah digembar-gemburkan sebelum ini (bahawa Palestin akan dihapuskan dari peta dunia) benar-benar telah berlaku! Rakyat Palestin terus sengsara. Mereka perlukan sokongan dan dokongan daripada seluruh umat Islam di seluruh Dunia. Perjuangan mereka adalah perjuangan yang sah mengikut undang-undang dunia dan merupakan jihad. Teruslah menghulurkan bantuan kepada mereka. Salurkan bantuan-bantuan anda melalui AMAN PALESTIN. Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan hari ini, bila lagi?
Wallahua'laam....
p/s: Ikuti Bicara Rakyat mengenai Isu Palestin dan Israel bersama Ustaz Abdullah Zaik (Presiden Eksekutif Aman Palestin), Ustaz Hasan Basri (Bekas Ketua Penerangan PAS) dan PM Dr. Ridhuan Tee (UPNM).
Feel free to like, share and comments... (^__^)
2 comments:
atas nama keselamatan israel, tembok tinggi dibina, atas nama keselamatan israel pembunuhan di halal pandang sebelah mata, atas nama keselamatan pejuang tanah air di gelar penganas dunia...
Sedangkan tuduhan2 tu dapat dilihat pada jari2 mereka yg menunding dam melebel pengganas tersebut. tunjuk pada orang lain, tapi 4 jari lagi sebenarnya menunjukkan pada diri mereka sendiri
Post a Comment