Pages

Selamat Datang... Ahlan wasahlan...

Sunday, February 13, 2011

Anugerah Bintang Canselor: Pelajar Cemerlang (Siswa)

Tadi ada dinner kolej. Terkejut juga dapat anugerah. Alhamdulillah dapat anugerah Pelajar Cemerlang (Siswa) Kolej Tuanku Canselor.

Tak sangka...

Tah macamana boleh dapat. Mula-mula tak rancang pun nak datang dinner. Sebab ada meeting. Tengah-tengah meeting tu dapat panggilan dari pihak penganjur. "Datang tak malam nie?" 

Aik, datang apa? Bayar pun tak...

Tengok jam. 9.05pm. Aik, ni mesti dah start ni. Teringat pengalaman jadi MC kolej dulu. Boleh aspect pemberian anugerah dalam pukul 10pm. So, sempatlah bersiap dan menuju ke Dewan Sultan Iskandar. Sempat juga meminjam baju batik adik junior, Zhahran. Jazakallah khair Zare...

10.00pm...

Dah start makan. Habis makan, saat yang ditunggu tiba. Ada banyak anugerah yang akan diberikan untuk pelajar-pelajar aktif dan pelajar cemerlang. Banyak lagi anugerah-anugerah lain yang tidak disebutkan di sini. Alhamdulillah saya tidak menunggu lama untuk sampai giliran saya.

Hadiah yang dapat
Anugerah Pelajar Cemerlang KTC



Speech...

Saya tanya pihak penganjur, ada tak ruangan untuk saya beri ucapan? Saya sedia untuk berucap jika diberi ruangan masa. Tapi tiada. Agaknya nak jimatkan masa kot. Apa pun, di sini saya nak tuliskan antara speech yang bermain di fikiran saya...

"Bismillahirrohmanirrahim... Assalamualaikum wbt. Sukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan nafas untuk kita beramal pada hari ini. Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Mengenai kejayaan yang dikecapi, itu adalah anugerah dari Allah SWT. Dia memberi pinjam sedikit nikmat untuk dikecapi. Namun jangan kita lupa bahawa kejayaan juga merupakan satu ujian dari Allah agar kita tidak berasa riak dan takbur. Ibrah (pengajaran) dari Firaun, yang mana menguasai Mesir pada suatu masa dahulu perlu dijadikan iktibar. Firaun menguasai Mesir.  Namun kekuasaannya telah membinasakannya sehingga hari ini masih terdapat kesan peninggalannya.


Anda juga boleh berjaya! Majoritinya kita di dewan ini adalah umat Islam. Islam telah memberikan kita garis panduan untuk menjadi insan-insan berjaya dan cemerlang. Antara tips yang selalu bermain di kancah fikiran saya adalah mengenai 2 Hadith dari Rasulullah SAW mengenai usaha dan menjaga masa.


"Man jada wajada, man zaroa' hasoda"
Maksudnya siapa berusaha dia berjaya, siapa menanam dia akan dapat hasilnya.


"Iza ashbahta fala tantazir almasa'. Waiza amsaita fala tantazir assobah"
Maksudnya jika kamu berpetang-petang, janganlah kamu menunggu pagi. Dan jika kamu berpagi-pagi, jangan pula tunggu sampai ke petang.


Maksudnya disini, Islam itu telah mengajar kita tentang konsep usaha dan kemudian tawakkal. Islam juga telah mengajar kita supaya tidak menangguhkan kerja. Cantiknya ajaran Islam yang disampaikan melalui Nabi kita, Nabi Muhammad SAW, merupakan ajaran yang mampu membina Generasi Harapan Yang Terbaik!


Cuma kita terkadang alpa dan leka dengan seruan-seruan Nabi kita. Cara hidup Islam kita tidak amalkan secara total. Jauhnya hubungan kita dngan Allah SWT boleh memungkinkan putusnya rahmat dan barokah yang Allah ingin beri kepada hamba-hambaNya.


Saya bukanlah yang paling hebat. Masih ramai lagi orang-orang yang lebih hebat diluar sana. Cumanya hendaklah kita sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ingin lakukan yang terbaik demi diri sendiri, masa depan kita, agama kita dan bangsa kita. Kejayaan ini bukanlah kejayaan saya seorang. Tetapi ini kejayaan Umat Islam juga. Juga kejayaan kepada bangsa kita. Dan juga kejayaan pada negara kita.


Aqulu qaulihaza wa astaghfirullahhalazim li walakum, Wassalamualaikum wbt. Terima kasih."


Mama saya juga bagi mesej dan ucapkan tahniah. Kata mama...

"Kalau berusaha bersungguh-sungguh, pasti mendapat kejayaan. Jangan lupa ucap terima kasih pada Allah dan buat sujud syukur"

InsyaAllah ma...

P/S: Tadi felo KTC, Ir Dr Shahrul call ucapkan tahniah. Terima kasih Dr atas tunjuk ajar.

Juga terima kasih yang tidak terhingga buat ayah dan keluarga  tercinta dirumah sana, kepada semua cikgu-cikgu yang telah bersusah payah mendidik semasa di sekolah, pensyarah-pensyarah, dan tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat juang yang sama-sama berusaha untuk menegakkan kalimah 'ulya (kalimah yang tertinggi, iaitu Islam)

2 comments:

Syaheera My said...

Tahniah ats kejyn yg diperolehi. kdg2 kita xnmpk potensi yg ada pd diri. tp org lain nmpk. semoga kejyn ini menjadi batu loncatan utk mengorak kejyn strusnya..

"hadzaa min fadhli rabbi.."

=)

. said...

jazakallah khair...

"Alhamdulillah 'ala kulli hal.."