Pages

Selamat Datang... Ahlan wasahlan...

Sunday, March 6, 2011

Nota Buat Pencinta Islam: Ekslusifkah Kita?

Assalamualaikum wbt...

Nota ini ditulis khusus buat para Pencinta Islam merentas mana-mana jua management dakwah dan umumnya pada semua.

Hampir seminggu saya memikirkan perkara ini. Perkara yang ditakuti lebih 6 tahun yang lalu kini benar-benar berlaku, benar-benar terjadi. Ianya berkaitan bagaimana sikap sebagai seorang daie. Dalam tulisan ini, kalimah "enta" juga merujuk kepada "enti" dan "akhi" juga boleh dirujuk kepada "ukhti".

Pernah antum dengar orang kata,

" Ahli persatuan/ kelab/ jemaah ni tak mesra... "
 " Diorang ego... "

Dan pelbagai lagi kata-kata yang sememangnya tidak diharapkan merujuk kepada para Pencinta Islam. Timbul persoalan, bagaimana kata-kata ini boleh terbit dibibir mereka? Bagaimana sanggup mereka melemparkan kata-kata sebegitu?

Akhi, setiap sesuatu pasti ada asbab musababnya. Ana yakin antum telah melakukan yang terbaik demi Islam. Antum telah banyak berkerah keringat dan masa demi Islam. Sesungguhnya Allah tidak akan menyia-nyiakan usaha antum dan insyaAllah pahala yang besar di sisi Allah itu telah tersedia buat para pendakwah yang berjuang dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan.

Cumanya di sini, ana cuba untuk membawa antum ke satu cara fikir luar kotak. Untuk mengenali mad'u-mad'u, cara fikir kita mestilah juga berada pada posisi seorang mad'u. Antum semua pasti pernah menjadi mad'u. Selami fikiran para mad'u agar banyak persoalan dapat terjawab.

Kita cuba koreksi diri kita dan cara kerja kita. Ini adalah salah satu cabang yang penting bagi menghasilkan output yang maksima. Terkadang kita telah usahakan banyak program-program yang baik, namun jumlah mad'u yang hadir masih sama. Tiada pertambahan.

Memang mehnah dakwah itu tidak ramai yang akan memilih jalannya. Akan tetapi, apakah telah kita usahakan yang terbaik untuk dakwah? Sejauh manakah kita telah kenal mad'u kita? Sehampir mana kita telah mendekatkan diri kita pada mereka?

Sering terjadi bilamana berselisih dengan mad'u di jalanan, apakah kita menghulurkan salam? Atau mengucapkan salam? Salam adalah sunnah Nabi Muhammad SAW yang mudah. Dan ianya adalah indicator sebuah kemesraan.

Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Abdullah bin Amru r.a. sesungguhnya seorang pemuda telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai apakah Islam yang paling baik: "Maka jawab Baginda Rasulullah : "Memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang dikenali dan yang tidak dikenali"

Seringkali kita solat di masjid-masjid atau surau-surau, tapi kenalkah kita dengan jemaah surau kita? Hatta nama mereka pun adakah kita ambil tahu dan ingat? Dalam 10 wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna ada disebutkan bahawa asas dakwah adalah berkenal-kenal dan berkasih-sayang.

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenali
dan yang tidak dikenali merupakan sunnah


Seringkali berprogram atau ada perjumpaan, kita hanya bermuayasyah (bergaul) sesama kita sahaja. Lupakah kita bahawa mad'u-mad'u yang hadir bagi mereka adalah sangat terasing dengan suasana yang ada. Mahal sangatkah air muka kita dan apakah ada emas dalam mulut kita sehingga kita tidak menegur mereka? Ekslusif sangatkah kita?


Terkadang kita sangat mesra dengan orang yang berada jauh dari kita, tetapi kemesraan itu tidak dihulurkan pada orang-orang disekeliling kita. Kita berdakwah pada orang yang jauh, tetapi jangan dilupa asas dakwah, mad'u adalah orang yang berada disekeliling kita. Jangan dilupakan ahli keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan di sekeliling kita.

Kadangkala ada yang berfikiran perlu ada kuasa untuk berdakwah. Akhi, Islam bukan begitu. Dakwah tidak semestinya perlukan kuasa dan pengaruh. Nabi Muhammad SAW mula berdakwah tanpa pangkat. Walaupun dioffer untuk menjadi ketua kaum Quraisy pada fasa awal perkembangan Islam, namun baginda menolak. Baginda memulakan dakwah dengan akhlak terpuji Baginda, tidak dengan kuasa.

Ya, dengan kuasa pelbagai perancangan dakwah dapat dijalankan. Tetapi ingatlah wahai akhi, kuasa tidak akan bertahan lama jika tiada yang mendokongnya. Dokongan-dokongan dari masyarakat akan hadir dari jiwa mereka sendiri apabila kepercayaan itu diberikan kepada orang yang mereka kenal akan akhlak, keramahan dan keikhlasannya dalam berdakwah. Dakwah Islam adalah dakwah kasih sayang. Pendokong-pendokong Islam haruslah terdiri daripada rijal-rijal yang kental jiwanya. Tidak dengan mengumpul angka-angka kosong?

Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah...

Sesungguhnya ana merasai banyak daripada kata-kata ini yang belum ana sendiri laksanakan. Menulis benda yang belum diri sendiri laksanakan merupakan suatu getaran pada hati dan jiwa yang ingin menyampaikan. Namun penulisan ini adalah sangat penting untuk kita sama-sama melihat kembali objektif-objektif dakwah. Ambillah teguran ini sebagai positif dan kita sama-sama berusaha kearah yang lebih baik, terutamanya kepada diri penulis yang masih sangat banyak kedaifan dan kekurangan ini...

6 comments:

muhaimin said...

salam...

terkena jugak baca post ekslusif tu...

terkadang kita penat memikirkan benda lain dan sibuk men'settle'kan masalah dgn ikhwah lain sewaktu program..

terkadang masa tu ler baru jumpa ikhwah..

TAPI itu bukan alasan kita menolak untuk bermuayasyah dengan orang baru.. mungkin ramai yang terlepas pandang isu ini..

DAN sekarang setelah kita diperingatkan, maka perbaikilah kelemahan kita agar menjadi lebih baik di hari esok (orang yg beruntung adalah, hari esok lebih baik dari hari ini)

wassalam

. said...

masalah ikhwah lain mungkin lebih sesuai untuk di settlekan semasa kita menziarahi mereka...

tetapi mad'u-mad'u yang ada, perlu kita tunjukkan pada mereka expression yang baik. First impression banyak memberi saham pada penilaian sesuatu perkara....

wallahu a'laam...

muharrar said...

salam...

entri menarik untuk membuka minda. rendahkan ego untuk cuba 'mengadaptasi' diri dgn madú2 baru kerana daié perlu fleksibel dalam apa jua situasi..

to be an easy and approachable person is to move away from the comfort zone of socialization...

maaf, mungkin sedikit ralat dalam entri ni..perenggan ke-6, 'koreksi' bukan 'korupsi'

WA

. said...

jazakallah atas teguran... ana dah betulkan perkataan tersebut...

Anonymous said...

Jazakalah akhi atas peringatan yang sangat berguna n mungkin terkena pada ana..Mungkin kita semua terlepas pandang isu ini..

Semoga kita semua boleh ambil serius n semoga dakwah kita lepasni lebih gencar,inshaallah

Anonymous said...

Good Bro Udi. Keep your good work. Excellent!