Pages

Selamat Datang... Ahlan wasahlan...

Wednesday, February 2, 2011

BEDAH BUKU: Don't Send a CV

" Hang baca buku apa Udi?? "

Tanya seorang rakan sekelas...

Saya baca buku ni. Buku pasal nak cari keje. Saya habiskan buku ni sebelum pergi interview Toshiba, my first interview... Alhamdulillah 1st interview lepas. Tapi bukan sebab buku ni kot. Mungkin sebab ada rezeki masa tu. Sekarang ni sedang menunggu panggilan untuk interview ke-3 Toshiba di Jepun. Ada kawan yang dah dipanggil dan dapat. Tahniah kepada dia. Saya tak tahu lagi dapat ke tak. Doa-doakanlah ye...

Ok, back to the point, kita story sket pasal buku ni...


Sesuai untuk yang sedang mencari kerja


Tajuk buku: "Don't Send a CV"
Penulis: Jeffrey J. Fox
Sape die nih?? : The Bestselling author of "How to become CEO"
Kata-kata ringkasan buku:

" Amaizing jobs are out there, but in today's competitive workplace, there're harder to get than ever. In don't send a CV, Jeffrey J. Fox has devised the winning strategy for getting the job you've always dreamt of. Fox provides a formula for proven success with this no-nonsense collection of surprising and daring rules, such as: 
  • CVs don't sell
  • Don't ask for directions
  • Make a big splash... not lots of ripples
  • Don't talk in an interview "

Sebenarnya banyak sangat tips-tips yang ada dalam buku ni. Saya akan kongsikan sket apa yang saya dapat dari buku ni...



Don't Send??

Iye, jangan hantar (kata penulis buku tu). Alasannya mudah, terlalu ramai sangat orang yang hantar CV (atau resume). Anda boleh hantar 1 CV ke 500 buah syarikat dan 10,000 orang juga boleh berbuat demikian untuk mencari kerja. Jadi, boleh bayangkan betapa sibuknya syarikat untuk menyemak setiap CV tersebut. Dan menariknya, kesemua CV adalah kelihatan hampir-hampir serupa. Jadi penulis menyarankan jangan hantar TANPA PERSEDIAAN YANG SEPATUTNYA.




Apa persediaan tersebut?

  1. Tentukan sasaran syarikat yang anda mahu kerja
  2. Buat sedikit kajian mengenai syarikat tersebut
  3. Tulis "IMPACT LETTER" untuk dapatkan interview

Ringkasnya macam ni, sebelum hantar CV, buat kaji selidik mengenai syarikat sasaran anda. Antara kajiannya ialah background syarikat, permasalahan syarikat, pesaing-pesaing syarikat tersebut, beli produk-produk syarikat tu, dan dapatkan komen-komen dari pengedar-pengedar produk dari syarikat tu.

Lepas data-data tu dah ada, baru hantar impact letter. Apa yang kena ada dalam impact letter tu? Ok, tulis dalam surat tu yang anda ada kelebihan tertentu untuk menyelesaikan masalah tertentu yang dihadapi oleh syarikat tu. Kemudian follow up syarikat tu. Yang menariknya dalam buku ni ada bagi contoh surat lagi supaya lebih faham dan jelas. Panjang pulak kalau nak tulis kat sini...

Ha, lepas dah follow up tu, barulah boleh tanya pasal interview dan CV. Maknanya di sini, kunci kejayaan untuk dipanggil interview ialah, WUJUDKAN INTERAKSI DUA HALA DENGAN SYARIKAT target tu dulu sebelum anda menghantar CV atau bertanya mengenai interview.


Interview...

Kat sini nak share tips-tips interview yang jarang didengari, mudah diaplikasi dan impaknya sangat besar! Apa tu? Jawapannya ialah, tanya smart question. Iya, soalan yang orang tak terfikir, tapi boleh buatkan orang yang interview anda berfikir. Antaranya:

  • Why is your company successful?
  • What must your company do to stay successful?
  • How does your company make money?
  • What are your strategies to get and keep costomers?



Banyak lagi sebenarnya. Ada 21 soalan-soalan menarik semuanya. Ok, dia pesan walaupun dah tahu jawapan, tanya je. Kalau orang tu jawab salah, jangan betulkan. Kalau dia ambil masa untuk berfikir, biarkan. Bagi dia masa. Jangan betulkan soalan anda. Give them a time. Pastu bila dia dah jawab, ambil nota atau buat catatan. Kalau malas catat pun, buat-buat catat jugak.

Rahsianya di sini, pada kaca mata orang yang interview anda itu, anda adalah seorang yang tajam mata dan peka dengan perkembangan mereka.Dan bila anda mencatat atau buat-buat mencatat, mereka akan lihat bahawa anda amat prihatin dengan sesuatu yang penting dan tidak akan meninggalkan benda-benda penting begitu sahaja. Buktinya, ialah anda telah mencatat!

Nah, ni hanya sekelumit je skil-skil yang dapat ditulis di sini. Saya suka buku ni sebab dia tak banyak melalut dan terus straight to the point. Bahasa yang digunakan mudah, tersusun, berkait dan mudah dihadam. Dan yang paling saya puas hati sebab harganya murah. sepatutnya harga L7.99. Tapi masa tu saya beli RM8 je! Masa pesta buku kat Serdang. Thanks to Annurdin sebab ajak saya ke sana. Save money, increase quality. Hehehe... ngarut dah~

P/S: Saya teringat seorang CEO cakap masa kursus Navigate Yourself, orang tanya dia buku apa yang bagus untuk baca? 7 habit ke, 3 habit ke, atau 33 habit? He just say, "Buy a book!". (means, tak kisah buku apa pun, yang penting anda baca)

No comments: