Pages

Selamat Datang... Ahlan wasahlan...

Monday, February 7, 2011

Working Overseas Lead to Brain Drain??

Bagi kebanyakan mahasiswa tahun akhir, mendapatkan pekerjaan adalah menjadi agenda utama selepas bergelar geraduan nanti. Ini bagi yang tidak bercita-cita untuk menyambung pelajaran. Kerja di luar negara baguskah??

Tentu ada pros and cons... Jom selidiki...

Secara umumnya, bilamana orang mahu kerja di luar negara, tentulah orang tersebut akan memilih negara yang memberikan pulangan lebih baik dari dalam negara sendiri dari aspek ekonomi, kestabilan politik, dan gaya hidup yang lebih baik.

Tetapi, adakah keburukannya??

Saya baru membaca sebuah buku yang dikeluarkan oleh Tuan Haji Aminuddin Yahaya, bertajuk "Kesatuan Melayu, Masihkah ada harapan?" Dalam buku ini ada diterangkan mengenai konsep Brain Drain.





Brain Drain?

Merujuk encik Wiki, Brain Drain ni ialah penghijrahan kelompok kecil dari kalangan golongan-golongan yang mempunyai skil-skil teknikal atau pengetahuan. Ringkasnya begini, penghijrahan golongan-golongan profesional ke negara-negara lain seperti doktor, jurutera, arkitek, dan lain-lain ke negara lain. Penghijrahan mereka akan mengakibatkan Brain Drain pada negara. Brain Drain ni boleh di translatekan oleh kamus saya sebagai "kecairan intelektual" dalam negara.

Kenapa berhijrah?

Rata-ratanya kebanyakan golongan professional ini mungkin memandang keuntungan bekerja di negara luar lebih tinggi, kestabilan politik lebih mantap dan gaya hidup yang lebih selamat dengan kadar jenayah yang kurang berbanding berada di negara sendiri.

Ramai saja rakyat Malaysia ini yang bijak pandai belaka. Tetapi banyak di kalangan mereka memilih untuk berhijrah ke negara lain. Menurut kajian ILO, 2000 (Data Global Migration), hampir 785,000 rakyat Malaysia (3.1%) berhijrah ke negara asing. Antara yang terbesar ialah negara-negara berikut:

Singapura --> 303,828
Australia --> 78,858
Brunei --> 57,346
Filipina --> 56,343
Amerika Syarikat --> 51,669
United Kingdom --> 50,061
Indonesia --> 46,850
Lain-lain --> 140,045
Jumlah --> 644,955



Nah, sebegitu banyak sebenarnya orang-orang Malaysia yang bijak pandai di luar sana. Siapa kata orang-orang Malaysia ni tak mantap? Boleh fikirkan dulu... Tapi itu bukan isunya di sini. Isunya ialah, mengapa mereka lebih sanggup untuk memilih berhijrah jauh-jauh? Kenapa tak kerja je kat negara sendiri?

Mengapa?

Perlu diingat, golongan-golongan yang berhijrah ini bukanlah sebarangan orang. Mereka ada technical skill dan knowledge. Mereka intelek-intelek negara. Mereka waktu kat sekolah adalah top student mungkin. Mereka juga belajar paling kurang 4-6 tahun.

Kita ambil contoh, seorang arkitek di negara kita, gaji permulaan bagi seorang graduan di sektor kerajaan adalah RM2088.25 (rujuk laman SPA di sini). Secara kasarnya, ia dilihat cukup untuk menampung perbelanjaan sebulan. Tetapi jika diperhalusi, dengan kenaikkan minyak yang tak turun-turun, harga makanan yang semakin naik, sewa rumah, ansuran kereta, bil air, bil letrik, berapakah simpanan yang dapat dibuat? Itu bagi yang bujang, bagaimana dengan yang ingin mendirikan rumah tangga dan yang telah berumah tangga dan mempunyai tanggungan-tanggungan lain? Gaji yang ditawarkan di luar negara 1,2 kali ganda lebih tinggi barangkali.

Dari aspek lain, gejala rasuah di negara ini juga tidak kurang mantapnya. Terkadang bukan faktor kewangan yang utama, tetapi diambil kira juga faktor keselesaan bekerja dalam suasana yang bersih, mungkin diluar sana lebih telus barangkali.

Apa kesannya nanti?

Kesannya sangat besar pada negara. Tatkala negara ketandusan pakar-pakar dari golongan professional, negara terpaksa mengimport pekerja-pekerja dari negara asing. Hasilnya, mereka terpaksa membayar lebih kepada pekerja asing tersebut. Kita ambil contoh, jika doktor pakar yang dicari tiada, maka negara kita terpaksa mengimport doktor-doktor pakar dari luar negara. Dan sudah tentu bayaran doktor-doktor pakar luar ini memerlukan belanja yang sangat tinggi. mungkin 3,4 kali ganda lebih tinggi berbanding pakar dari negara sendiri. Tapi, pakar negara sendiri dah tiada, maka terpaksa juga menggaji mereka.

Kesimpulan

Ringkasnya di sini, saya secara peribadi memandang adalah menjadi keperluan negara untuk mengumpulkan sendiri pakar-pakar dari negara sendiri. Ini adalah penting demi kemaslahatan negara sendiri. Mungkin boleh dibayarkan gaji yang lebih, sama sepertimana negara sanggup menggaji pakar luar negara dengan harga yang begitu tinggi. Biarlah membayar banyak kepada rakyat negara sendiri daripada membayar lebih kepada orang luar. Mungkin dari sini dapat melembutkan hati golongan professional negara yang berada di luar sana, dan juga men'secure' golongan professional yang ada keinginan untuk bekerja di luar negara.

Selain itu, suasana dan budaya kerja yang sihat harus diwujudkan. Negara perlu serius dan telus dengan polisi-polisi yang telah digariskan bersama. Seluruh masyarakat harus faham gejala rasuah adalah budaya yang sangat tidak sihat malah dalam Islam ia adalah diHARAMkan. Budaya-budaya yang kotor lagi keji ini hanya akan membuatkan orang tidak suka bekerja dengan si perasuah malah pelabur-prlabur juga akan lari.

Wallahu a'laam...

P/S: Penulis ada juga apply kerja di luar negara. Tetapi berniat untuk belajar dari sana seketika dan kemudian pulang semula ke negara sendiri untuk menyumbang kepada agama, bangsa dan negara sendiri, InsyaAllah...

No comments: