Pages

Selamat Datang... Ahlan wasahlan...

Saturday, February 19, 2011

Akhlak Mulia Cara Hidup Kita...

Bismillahirrohmanirrahim...

Semua orang suka hidup senang. Semua orang suka hidup bahagia. Semua orang suka berada dalam suasana gembira. Kalau kita tanya siapa-siapa, suka melancong ke mana? Maka ramai yang nak keluar negara. Macam-macam negara orang nak pergi. Especially negara-negara maju dan negara-negara yang mempunyai tempat-tempat yang ada pemandangan yang cantik-cantik. Pemandangan alam ciptaan Allah. Kalau kat UTM tu, masing-masing berlumba-lumba nak pergi GOP (Global Outreach Program).

Syoknya pergi negara orang. Kadang-kadang jeles tengok gambar kawan-kawan kat oversea. Ada yang pergi Seoul, Jepun, Beijing, New Delhi, Bandung, Australia dan tidak kurang juga ada yang pergi ke negara-negara timur tengah.


Gambar sahabat-sahabat di Perth, Australia


Jom usyar 10 negara yang mendapat Top 10 "Happiest Countries in The World"

  1. Denmark
  2. Switzerland
  3. Austria
  4. Iceland
  5. Finland
  6. Australia
  7. Sweeden
  8. Canada
  9. Guatemala
  10. Luxembourg

Nah, bagi sesiapa yang belum pernah melancong ke luar negara, boleh fikir-fikirkan nak buat GOP kat mana nanti... huhu...


SEOUL... 30 MINIT KEPADA 10 MINIT...

Walaupun saya tidak pernah pergi ke mana-mana diantara negara yang tersenarai di atas, namun syukur pernah berpeluang melawat Seoul, Korea Selatan. Pengalaman berada di Seoul banyak memberikan pengajaran-pengajaran positif. Dan membuka mata dan pemikiran luar kotak. Ianya adalah berkaitan bagaimana masyarakat di Korea mengubah sikap mereka. Jika 15 tahun dahulu, Korea dikenali sebagai negara yang apabila membuat sesuatu janji, pasti akan di cop lambat 30 minit. Senang kata, janji Korea adalah janji yang lewat 30 minit.

Setelah itu, masyarakat di Korea cuba untuk mengubah sikap mereka. Mereka cuba mengubah pandangan dunia terhadap masyarakat mereka. Dengan rasa keinginan yang tinggi, semangat yang tinggi, rasa kemuliaan terhadap bangsa mereka, akhirnya mereka berjaya mengubah sikap mereka. Kini dunia menyaksikan bahawa janji Korea adalah tidak lebih 10 minit! Kini Korea telah menjadi salah sebuah negara maju. Walhal 15 tahun dahulu, kemajuan Korea tidaklah lebih jauh bezanya dengan Malaysia.

Dongguk Universiti, South Korea

Waiting for Subway


Everybody were happy at Seoul

At National Folk Museum, Seoul



ANALISA STATISTIK...

Kenapa statistik menyatakan ramai orang suka pergi ke 10 negara-negara yang tersenarai tadi?
  •  Mungkin sebab negaranya aman
  • Ekonomi stabil
  • Banyak pemandangan yang indah
  • Rakyatnya peramah
  • Kes-kes jenayah kurang
  • Negara bersih
  • Tiada masalah bahasa untuk berkomunikasi
Banyak lagi yang boleh dikaji dari negara-negara ini... Mungkin kena pergi sendiri nanti...

Apa pun sebabnya, kita melihat di sini tiada satu pun diantaranya negara-negara Islam. Saya Muslim dan saya cuba membawa anda untuk kita sama-sama merenungkan mengenai negara kita dan negara-negara Islam yang lain...

Baru-baru ini, kita lihat banyak peristiwa yang menyedihkan berlaku terhadap negara-negara Islam. Kezaliman pemerintah? Korupsi? Negara kotor? Perang saudara? Siapakah juaranya? Saya tidak akan menjawab. Boleh fikir-fikirkan...

Kita melihat ini seolah-olah suatu musibah yang berlaku. Orang selalu akan cuba bertanya, kenapa? dan mengapa? Apakah ingin menyalahkan agenda-agenda barat? Sampai bila? Bila kita hendak ada agenda-agenda kita? Kita asyik bertelagah dengan isu-isu kecil, bila pula masanya akan kita bincangkan isu-isu yang besar? 

Sesebuah tamadun itu tidak terbangun dengan sendirinya. Kebangkitan sesebuah tamadun itu menuntut pengorbanan yang besar. Kemajuan sesebuah tamadun terletak pada agenda yang dirancang serta kesungguhan yang ingin dilaksanakan oleh seluruh lapisan masyarakat. Rahmah dan barokah yang ada pada sesebuah tamadun bergantung pada ketaqwaan masyarakat dan keredaan Allah SWT terhadap mereka. Kita menilai semula dimana hilangnya keberkatan sehingga Allah SWT menariknya...

Dalam entri kali ini, ingin ditekankan tentang pembentukan akhlak yang disarankan oleh Islam. Ini kerana agama Islam yang mulia ini sangat menitikberatkan tentang pembentukan akhlak. Akhlak merupakan attitude yang ada dalam diri semua orang. Akhlak dapat dibentuk. Ia bukanlah suatu perkara yang tidak boleh diubah. Jika masyarakat di Korea telah membuktikan bahawa bangsa mereka boleh berubah, apatah lagi masyarakat Islam yang telah ada panduan Kitabullah...



AKHLAK MULIA, ITU CARA HIDUP KITA...

Dalam Al-Quran telah tercoretkan banyak saranan-saranan untuk umat Islam berakhlak dengan akhlak yang mulia. Sikap-sikap menjauhi prasangka-prasangka buruk dan mengutuk seseorang adalah ditegah dalam Islam. Sikap berlemah lembut dan saling memaafkan terhadap orang lain pula amatlah disarankan dalam Islam.

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
[Surah Al-Hujuraat, 49: Ayat 12]

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya"
[Surah Ali 'Imran, 3: Ayat 159]
Akhlak Mulia, Ummah Berjaya!


KESIMPULAN...

Islam telah menggariskan panduan-panduan yang cukup sempurna, merangkumi ciri-ciri bagaimana kita bergaul sesama manusia dengan akhlak sebagai seorang Muslim. Peraturan-peraturan dan hukum-hakam dalam Al-Quran tidak lain dan tidak bukan adalah bagi membentuk kesejahteraan sesama manusia selari dengan fitrah manusia yang inginkan kebaikan dan keharmonian.

Namun, dari satu sisi kita cuba menilai sejauh mana masyarakat kita cuba berakhlak dengan akhlak Islam. Ramai yang mengakui "Islam is The Way of Life", tetapi berapa ramai yang membuat persediaan untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup? Ramai yang inginkan rahmah dan barokah dari Allah SWT, tetapi berapa ramai yang berusaha untuk melaksanakan tabiat-tabiat Islam? Jika tabiat-tabiat Islam tidak dibuat, bagaimana mungkin kita akan berjaya?

~ Tepuk dada, tanya iman ~
Bersama Muhasabah Diri

Wallahu a'laam....

P/S: Bersempena pilihanraya kampus yang akan berlangsung tidak lama lagi ini, saya berharap kedua-dua pihak yang akan bertanding menunjukkan sikap sebagai seorang yang berakhlak. Malulah jika anda Islam tetapi masih ada karat-karat jahiliyah dalam diri. Mengutuk sana-sini dan mengaibkan sana-sini. Tetapi diri sendiri dua kali lima sahaja. Tiada perubahan, orang bawahan tertekan. Bagaimana mungkin rahmah dan barokah Allah akan turun? Nauzubillah...

2 comments:

fareezyusoff said...

wuuyyyooo! gambar aku takde pun? hehe

. said...

fareez: ko x gi perth dengan diorang ke??