Pages

Selamat Datang... Ahlan wasahlan...

Friday, February 11, 2011

Tanasuh: Budaya Terkini Yang Perlu Menjadi Ikutan Ramai

Macam-macam yang orang sembang sana-sini pasal budaya. Budi bahasa budaya kita, budaya cemerlang, budaya profesional, budaya membaca dan macam-macam budaya. Kat sini nak ketengahkan satu lagi budaya yang semakin menjadi kegemaran ramai. Budaya ni memang mudah diikuti, senang diamalkan dan sangat seronok. Ianya orang panggil budaya TANASUH~

TANASUH ni diambil dari perkataan Arab, yang bermaksud saling menasihati. Budaya ni sememangnya dah ada dalam diri masyarakat Malaysia tak kira baik yang beragama Islam mahupun tidak. Baik Melayu, Cina, India, Kadazan dan lain-lain.




Dulu budaya ni memang popular. Tak caye? Ok kalau tengok dulu zaman kecik-kecik time 90-an tu nak pergi sekolah mak ayah hantar. Dalam perjalanan mak ayah sempat pesan dengar cakap cikgu, jangan melawan dan berbagai-bagai nasihat yang baik. Ini membentuk sikap dan perilaku anak-anak. Pastu balik sekolah, tengok tv. Tv pun ajak untuk buat baik. Cerita petang-petang pun banyak cerita yang berbentuk keluarga yang harmoni.

Lepas maghrib, solat maghrib berjemaah. Lepas tu ngaji. Budaya ni terus berterusan sampai khatam. Bila malam, makan sama-sama dengan family. Ayah akan bagi nasihat juga. Siapkan kerja sekolah sebelum tidur. Ajak baca buku sama-sama. Sebelum tidur mak ayah pesan baca doa.

********************************************************************************************

Zaman sekarang dah banyak beza. Start bangun pagi, terus rushing berebut bilik air. Pastu pergi sekolah naik bas atau van. Mak ayah tak sempat nak bagi nasihat banyak-banyak. Di situ dah hilang satu ruangan masa antara ibubapa dan anak.

Pastu pergi sekolah cikgu ramai yang muda-muda. Satu cabaran buat cikgu-cikgu muda untuk mengawal darah muda mereka dan menunjukkan contoh teladan yang baik. Andai cabaran ini tidak disahut dengan baik, mungkin penerapan nilai-nilai asuhan, akhlak, dan budaya menasihati ini tidak dapat diterapkan dengan baik.

Balik sekolah, bukak tv je, ade Astro. Tak salah Astro tu. Tapi budak-budak suka tengok akademi fantasia, bintang kecil, jangan lupa lirik dan pelbagai betuk hiburan. Faham-faham saja apa nilai yang akan membentuk diri anak-anak kecil itu. Tak lain dan tak bukan, 2M. Menyayi dan menari.

Malam lepas maghrib ade tuisyen. Tak sempat nak mengaji. Pukul 8 dah start kelas. Pukul 10 malam baru balik. Sampai rumah je dah penat. Terus tidur. Mana yang sempat solat, Alhamdulillah. Mana yang ibubapanya tidak kisah, maka anaknya akan terus tidur dan bangun untuk rushing pada esok harinya.

********************************************************************************************

REVOLUSI 2011

Dunia menyaksikan Tahun 2011 merupakan revolusi besar-besaran untuk mengubah dari kegelapan kepada terang. Dari kezaliman kepada keadilan. Dari buruk kepada yang baik. Kita dapat lihat fitrah manusia memang benci kepada benda yang buruk. Fitrah kita suka kepada kebaikan. Fitrah kita suka kepada ketenangan. Fitrah kita suka pada ketenteraman. Fitrah kita suka kepada tanasuh.

Kita tidak mengatakan dunia kini tidak dapat diselamatkan. Bahkan umat Islam itu sendiri dengan ciri-ciri keislamannya adalah umpama singa yang gagah. Cuma kita katakan disini zaman ini mungkin sang singa sedang nyenyak tidur. Perjuangan belum berakhir. Dunia masih boleh diwarnai. Keadilah masih boleh tertegak dan kebenaran pasti sentiasa menang.

Cumanya keadaan tidak boleh dibiarkan berjalan tanpa ada yang memandunya. Agenda-agenda perubahan perlu disetup sebagaimana pengurus-pengurus syarikat mensetup visi dan misi syarikat. Semuanya boleh berubah jika kita sama-sama mahu berubah.

Kalau dulu ramai orang kata Melayu mudah lupa, kini tidak lagi. Ramai je orang Melayu-Islam di negara kita yang jadi hafiz. Kalau dulu orang kata orang Melayu di negara kita ni layu, kini tidak lagi. Striker bola sepak Malaysia ramai je yang Melayu-Islam. Kalau dulu orang kata Melayu miskin, kini tidak lagi. Tan Sri Mokhtar Bukhari banyak infaqnya. Radix Fried Chicken juga milik orang Islam yang rata-ratanya dari bangsa kita sendiri.

Kata seorang kawan, 

"Zaman dah berubah. Sume orang nak kejar kebaikan. Dulu orang banyak jual baju-baju singkat. Sekarang dah senang cari baju labuh-labuh"

Semua ini adalah hasil penerapan budaya tanasuh yang dilaksanakan di setiap lapisan masyarakat. Usaha-usaha para pendakwah, kini sedikit demi sedikit membuahkan hasil. Kita kena ubah mind set kita kepada perkara-perkara yang positif. Negara kita sekarang menuju kearah kemajuan. Kemajuan bukanlah akan lahir dari kepandaian menyanyi dan menari. 

"Ibnu Khaldun mengingatkan bahawa keruntuhan sesebuah tamadun berlaku apabila masyarakat terbuai dengan kemewahan, kesombongan dan kemalasan. Menurut Ibnu Khaldun, keruntuhan dan kemunduran sesebuah tamadun berlaku disebabkan berlakunya “kematian manusia.” Kematian manusia yang dimaksudkan ialah kejumudan pemikiran kita, kita membelenggukan minda dengan perkara-perkara yang negatif."

********************************************************************************************

SELEPAS INI...

Selepas ini, kita mengharapkan budaya tanasuh ini terus disuburkan. Kita yakin negara kita sedang menuju kearah sebuah negara maju. Kita tidak mahu maju dari aspek material semata-mata. Itu hanya akan melahirkan "robot-robot yang tak berguna buat tuannya". Tetapi kita mahu kita memandu dunia dengan kemajuan yang seiring dengan akhlak yang telah digariskan oleh Allah SWT selaku pencipta kita dan pencipta segala makhluk di muka bumi ini.




Budaya tanasuh perlu diteruskan dan dipandang serius oleh masyarakat. Ibubapa dan guru-guru terutamanya harus memaksimakan masa dengan sebijaknya untuk menerapkan nilai-nilai nasihat dalam kehidupan harian anaknya. Tv cerita upin ipin, usop sontorian, jejak Rasul, halaqah sentuhan kalbu dan pelbagai cerita-cerita yang menerapkan nilai-nilai Islam harus diberi sokongan padu oleh masyarakat. Majalah solusi, era muslim, majalah i, muslimah dan sebagainya harus dibaca. Penulisan-penulisan dari blog-blog harus dipelbagaikan dan diterapkan nilai-nilai saling menasihati.

Juga seruan kepada masyarakat agar tidak terlalaikan oleh berita-berita yang melemahkan jati diri bangsa. Mungkin ramai yang merasakan masyarakat teruk disebabkan oleh berita-berita yang dipampangkan di dada-dada akhbar. Tetapi yakinlah berita itu hanya berlaku terhadap hanya beberapa orang sahaja. masih sangat ramai orang yang inginkan kebaikan terus membangkit seiring dengan kemajuan bangsa dan negara. Majoriti masyarakat di negara kita sangat inginkan kepada kebaikan. Cuma mungkin contoh ikutan dan tauladan itu tidak terlihatkan, maka masyarakat umumnya hilang pedoman.

Buat para daie dan mujahid yang berjuang demi Islam tercinta, teruslah gencar berjuang! Warnai masyarakat dengan akhlak-akhlak dan budaya Islam. Yakinlah bukan sahaja berjuta-juta umat manusia akan menyokong bahkan para malaikat turut mendampingi para pejuang Islam diseluruh pelosok muka bumi ini, InsyaAllah...

Wallahua'laam...

3 comments:

me_yana said...

menarik..thanks..mintak izin share.... =)

. said...

Boleh silakan...

fmj8790 said...

terima kasih, minta izin copy untuk dijadikan rujukan dan pengisian :)