Pages

Selamat Datang... Ahlan wasahlan...

Thursday, July 26, 2012

Aku, Ramadhan dan Hadiah Istimewa



Apa Hadiah Istimewa yang Din dapat?? Sama-sama saksikan...

Monday, June 4, 2012

Kemalangan Yang Menginsafkan...

BAAMMMMM!!!!

4.30am - Bunyi dentuman bergema memecah keheningan malam.
Tatkala semua orang sedang nyenyak tidur, tiba-tiba terdengar jeritan...

"ASTAGHFIRULLAHALAZIMMM...!! ASTAGHFIRULLAHALAZIMMM...!!!"
 
"Tolong!! Tolongggg!!! Darah menitik!!"
 
"Bukak lampu!!!"

Demikian kedengaran jeritan beberapa orang penumpang bas yang baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalanraya di kilometer 330.2 (Gopeng - Perak) menghala ke selatan.

Kecederaan yang dialami tidaklah serius. Namun cukup untuk membuatkan para penumpang trauma seketika. Mungkin mengambil masa 2 atau 3 hari untuk kembali bersemangat.

Penulis ketika itu berada di dalam bas tersebut dan cuba membantu untuk menenangkan keadaan. Pintu kecemasan dibuka dan para penumpang turun seorang demi seorang melalui pintu tersebut yang terletak di belakang bas.

Bas mengalami kemalangan akibat kecuaian pemandu
5.00am - Para penumpang semuanya sudah selamat dikeluarkan daripada bas dan dikumpulkan di tepi jalan bagi menanti bantuan tiba.

5.15am - Dua buah ambulans datang memberikan bantuan. Penumpang yang cedera ringan dibawa ke hospital yang berdekatan. Tiada yang mengalami kecederaan serius. Masing-masing menanti ketibaan bas ganti bagi menuju ke Johor Baharu.

Kesesakan lalulintas akibat kemalangan

Berhati-hati di jalanraya
7.00am - Bas ganti tiba. Alhamdulillah mujur tiada yang terkorban. Pemandu bas juga selamat. Bas tersebut sebenarnya telah melanggari sebuah lori di hadapannya. Berkemungkinan bas yang dipandu terlalu laju ataupun mungkin pemandu keletihan dan mengantuk. Hanya seorang sahaja pemandu yang memandu dari Kangar. Ini merupakan kesilapan yang benar-benar serius dan boleh disaman kerana mengambil risiko yang sangat merbahaya ini! Sepatutnya bas yang akan berjalan jauh MESTI menyediakan sekurang-kurangnya dua orang pemandu bas.

**************************************

Kejadian yang berlaku sebenarnya mengandungi banyak hikmah dan pengajaran. Berkemungkinan ianya merupakan kaffarah dosa terhadap diri kita terutamanya penulis. Penulis menginsafi bagaimana sekiranya kejadian tersebut berlaku dengan lebih teruk lagi? Sudahkah kita bersedia dengan kematian? Cukupkah amal kita sebagai bekalan? Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambil nyawa hamba-hambaNya....

Semoga pengakhiran kita semua berada dalam keadaan yang baik... Amin...

"Allahummakhtim lana bi husnil khotimah, wala takhtim 'alaina bi suuil khotimah..."

Sunday, May 27, 2012

pEraNg iDEoLogi

Assalamualaikum wbt...

Direct to the point, apakah itu pEraNg iDEoLogi??

Perang ideologi merupakan satu peperangan masa kini. Sebenarnya peperangan ini sudah lama dilancarkan sejak peperangan salib lagi. Setelah puak-puak kuffar melihat bahawa mereka tidak dapat memenangi orang-orang Islam melalui perang bersenjata, maka perang saraf ataupun peperangan ideologi ini dilancarkan. Ia berterusan sehingga kini dan kesannya banyak yang dapat dilihat di negara kita sejak akhir-akhir ini.

Bagaimana pEraNg iDEoLogi ini boleh menular?

Ia menular melalui pelbagai cara. Antaranya ialah menerusi dakyah orang yang membawa ideologi dan fahaman tersebut. Dengan arus globalisasi yang semakin popular masa kini, ideologi-ideologi dan fahaman-fahaman tersebut lebih mudah meresap ke dalam diri individu-individu yang lemah iman dan jati diri.

Akhir-akhir ini, sejak hangat negara kita ini memperkatakan mengenai isu hak asasi (kes seksualiti merdeka, LGBT, Irshad Manji, dll.), maka orang yang membawa ideologi-ideologi dan fahaman-fahaman ini mula tersenyum. Mereka akan gunakan ruang dan peluang ini untuk menyebarkan dakyah mereka.

Ideologi dan fahaman songsang juga boleh merebak melalui penulisan-penulisan blog, website, buku, majalah, media baru, dan sebagainya.

Siapa mangsa pEraNg iDEoLogi?

Sasaran mangsa ialah sesiapa sahaja yang masih belum menganut ideologi dan fahaman mereka. Tetapi yang lebih disasarkan ialah orang yang lemah iman dan kurang penghayatan agama. Jarum-jarum halus akan mula dimasukkan dengan mengajak individu-individu yang lemah iman itu memikirkan akan ideologi mereka. Sedikit demi sedikit individu-individu tersebut akan ditarik jauh dari landasan keimanan yang sebenar.

Apakah contoh-contoh pEraNg iDEoLogi?

Apa sahaja fahaman dan ideologi yang bertentangan dengan Islam maka ia tertolak. Orang-orang yang membawa ideologi dan fahaman songsang ini akan mula menggunakan jarum-jarum halus dengan mengajak individu-individu yang lemah iman itu untuk belajar agama secara LOGIK dan SEKERAT-SEKERAT. Sekiranya individu-individu yang lemah iman tersebut mendengar 'LOGIK-LOGIK SEKERAT' tersebut, dan gagal untuk melihat Islam yang syumul ini secara keseluruhannya, maka jarum-jarum halus hasil dari pEraNg iDEoLogi ini akan mula mencucuk mereka.

Apakah pEraNg iDEoLogi yang paling bahaya?

Kesemuanya bahaya sebab mengancam akidah umat Islam. Namun yang paling berbahaya ialah ideologi dan fahaman yang BERSELINDUNG DISEBALIK NAMA ISLAM. Ini termasuklah Syiah, Islam Libral, Islam Sekular dan sebagainya. Islam ialah Islam dan tidak boleh dipalitkan dengan apa-apa selain Islam!



Bagaimana untuk mengatasi pEraNg iDEoLogi?

1. Gunakan undang-undang. Dalam undang-undang Malaysia, ada menyebut bahawa agama selain Islam tidak boleh disebarkan atau didakyahkan kepada orang Islam. Namun, undang-undang tidak ampuh kerana ia boleh digubal semula oleh parlimen. Bagaimana caranya ialah dengan memastikan 2/3 ahli parlimen menyokong untuk meminda undang-undang tersebut. Sebab itulah umat Islam yang majoritinya Melayu di negara kita ini kena SEPAKAT UNTUK MENDAULATKAN ISLAM. Salah satu caranya ialah parti-parti politik yang mewakili majoriti orang-orang Melayu Muslim, WAJIB SEPAKAT untuk memastikan orang-orang yang pro-agenda Islam yang memenuhi lebih 2/3 majoriti parlimen. Maka undilah calon-calon pro-AGENDA ISLAM. Anda yang akan menentukan masa depan anda.

2. Cara undang-undang mungkin tidak bertahan lama. Maka saya menyeru umat Islam terutamanya di Malaysia ini agar memaut pegangan agama Islam SEKUAT-KUATNYA umpama anda menggigitnya dengan gigi geraham anda!! Ini sangat-sangat PENTING DAN MUSTAHAK kerana ia merupakan soal akidah. Perkara ini disebut oleh Baginda SAW dalam hadis:

Maka barangsiapa yang menjumpai itu (perpecahan umat) hendaklah dia berpegang kepada Sunnahku dan Sunnah para khalifah yang menunjukkan kepada kebaikan dan mendapat petunjuk, gigitlah Sunnah ini dengan gigi geraham. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 2600, dan lainnya. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani. Lihat Silsilah as-Shahihah, 6/610)

3. Setiap individu Muslim wajib ada 'circle-iman' masing-masing. 'Circle iman' yang saya maksudkan di sini ialah keterikatan dengan jemaah-jemaah dakwah atau tarbiyah. Tempat yang mana boleh merujuk kepada yang tsiqah (dipercayai) dari aspek ilmu agamanya. Sebagai contoh usrah atau kelas pengajian talaqi bersama ustaz-ustaz atau ulama yang tsiqah (dipercayai). Dalam dunia yang semakin mencabar ini, saya merasakan ianya bukan lagi fardhu kifayah, tetapi suatu keperluan yang WAJIB.

4. Aktivis-aktivis dakwah perlu merancakkan lagi gerakan dakwah mereka dan mengelakkan perselisihan sesama umat Islam. Bersepakatlah bagi menegakkan kalimatul ulyaa (kalimah Tauhid) dan mendirikan sistem-sistem Islam dan elakkan perselisihan furu' (cabang). Beranikanlah mengatakan yang Haq (walaupun pahit) dan julangkanlah bendera Islam setinggi-tingginya!! Pertingkatkan amal dan hubungan dengan masyarakat setempat. Jadikanlah kelaziman memberi tazkirah dan menyampaikan peringatan kepada sesiapa sahaja yang anda temui. Sesungguhnya tazkirah itu bermafaat bagi orang-orang yang beriman.

5. Buat para asatizah, teruslah menyampaikan kebenaran dan mungkin boleh menggunakan pendekatan baru dengan berdakwah di tempat-tempat awam disamping meneruskan pengajian di surau-surau dan masjid-masjid. Moga-moga dengan usaha para asatizah dan jemaah dakwah akan dapat menyentuh lebih banyak hati insan-insan yang alpa.

Mungkin setakat ini dahulu penulisan saya, sampaikanlah dan sebarkanlah jika bermanfaat...

Wallahua'laam...

Tuesday, April 17, 2012

Merancakkan Budaya Membaca di kalangan Belia Muslim

Assalamualaikum wbt...

Malas betul nak taip semula... Anyway, boleh tengok kat sini... (^_______^)v

Wednesday, February 22, 2012

Wacana Kefahaman Islam: Isu Libralisme dan Sekularisme

Assalamualaikum wbt...

Jemputan kepada sahabat-sahabat untuk hadir ke majlis ilmu pada hari Jumaat ini di Masjid Mutiara Rini, Johor...


Tuesday, February 14, 2012

Hadiah Daripada Seorang Sahabat...

Alhamdulillah....

Sebentar tadi saya ke Marsah menghantar sambil menziarahi tempat belajar seorang sahabat saya. Namanya Afif. Sebelum balik ke Skudai, dia telah menghadiahkan saya sebuah buku dan juga sebuah button. Tajuk buku tersebut ialah "Doa Murah Rezeki" keluaran PTS. Button itu pula ialah button "Save Gaza".

Jazakumullah khair diucapkan buat akhi Afif...

Berikut merupakan beberapa keping gambar buat tatapan...

Buku Doa Murah Rezeki

Helaian pertama buku tersebut tercatat nama saya :)
Button "Save Gaza" siap dipasang pada beg :)

Feel free to like, share and comments... (^__^)

Sunday, February 12, 2012

Puisi Buat Pasangan Suami Isteri


Sekiranya kita cinta kepada manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita, tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai, tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah, andainya dia ialah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku, maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu, dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah kerana-Mu. Namun, andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku, berikanlahku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian, yang kauberikan kepadaku.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-Mu. Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada mati hanya sekali, jadikannya pada jalan Allah.
- Puisi Karangan Aminah Qutb


p/s: Puisi ini dipetik daripada buku "Biografi Tokoh Dakwah - Sayyid Qutb Cetusan Idea Seorang Pejuang" keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Aminah Qutb merupakan adik kepada Asy-Syahid Sayyid Qutb.

Feel free to like, share and comments... (^__^)

Saturday, February 11, 2012

3 Hari Lagi!!

Assalamualaikum wbt...

Apa yang 3 hari lagi tu?? Owh... 14 Februari.... So, kenapa dengan 14 Februari?

Hari kekasih?? Owh... tidak... Kami umat Islam tidak menyambut hari kekasih tersebut! Sila fahami ya. Jadi janganlah promote jualan bunga ke, cokelat ke, wishing ke apa2 mengenai valentine pada hari tersebut. Sebab memang menyambut sambutan tersebut merupakan perbuatan yang tidak syarie. Sekian...

Jadi, apa yang 3 hari lagi tu??

Ya, kita akan menyambut Hari Menutup Aurat Antarabangsa!! Hooorey~


Apa agaknya ye yang boleh dibuat pada hari ini?

  1. Setiap lelaki yang sebelum ini keluar rumah atau bermain bola dengan seluar pendek, akan mula memakai seluar panjang.
  2. Setiap lelaki yang kadang-kadang pakai seluar panjang, kadang-kadang seluar pendek, akan istiqamah memakai seluar panjang sahaja.
  3. Setiap wanita yang sebelum ini keluar rumah tidak bertudung, akan mula memakai tudung.
  4. Setiap wanita yang kadang-kadang pakai tudung, kadang-kadang tidak, akan mula istiqamah memakai tudung.
  5. Setiap wanita yang tidak memakai stokin, akan memakainya setiap kali keluar rumah.
  6. Setiap wanita yang memakai pakaian yang ketat, akan mula memakai pakaian yang longgar yang tidak menampakkan susuk tubuh.
  7. Setiap wanita yang memakai baju lengan 3 suku, akan mula memakai baju lengan panjang sehingga ke pergelangan tangan.
  8. (dan macam-macam lagi)
Selamat beramal dan istiqamah... (^___^)

p/s: Kenyataan JAKIM mengenai sambutan hari kekasih
Feel free to like, share and comments... (^__^)

Tuesday, February 7, 2012

Peta Dunia 2012 - Apa Kelainannya??

Assalamualaikum wbt...

Sedang saya asyik membuat slide presentation untuk pembentangan Tokoh Tabi'in, Sa'id bin Jubair, tiba-tiba terasa nak tengok-tengok peta di mana kisah-kisah hidup beliau. dicoretkan Beliau ketika itu banyak menghabiskan masanya di Kufah.

Peta: Belon A menunjukkan kedudukan Kufah

Search punya search, barulah tahu bahawa Kufah ni terletak di Iraq. Negara yang diserang oleh Amerika dan sekutunya secara zalim. Sehingga kini rakyat di Iraq masih sengsara akibat peperangan itu. Rakyat Iraq lebih derita kehidupan mereka berbanding ketika zaman Saddam Hussein. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada mereka. Sesungguhnya mereka juga saudara seakidah kami...

Kemudian secara sengaja saya ingin sangat lihat peta di Palestin. Sangat terkejut apabila yang keluar bukanlah Palestin, tetapi negara haram israel. Sahabat-sahabat boleh check sendiri dengan google map.

Negara Palestin benar-benar telah dihapuskan dari peta dunia. Jika anda search "Gaza", benda yang akan ditulis untuk option ialah "Gaza, Jurusalem, Israel"

Kemudian saya cuba dapatkan jarak destinasi diantara tempat-tempat di sekitar Palestin dan daerah-daerah di negara jiran mereka. Sebagai contoh, saya cuba dapatkan jarak (Get Direction) dari Tel Aviv ke Balqa, Jordan. Apa yang ditulis ialah "We could not calculate directions between Tel Aviv, Israel and Balqa, Jordan". Israel telah memastikan agar semua orang tidak dapat access jarak sebenar untuk sampai ke Palestin. Banyak kali saya cuba untuk dapatkan jarak diantara daerah-daerah dalam negara Palestin ke daerah-daerah di luar negara Palestin. Akan tetapi jawapan yang diberikan adalah sama!

"We could not calculate directions between Tel Aviv, Israel and Balqa, Jordan"

Malah jika dicari jarak diantara daerah-daerah di sempadan Gaza dengan luar sempadan Gaza pun jarak yang diberikan tidak tepat. Pengukurannya bermula dari luar sempadan Gaza tersebut. Sebagai contoh jarak dari "Erez" ke "Bayt Hanun" telah dikira secara sengaja bermula dari garisan luar sempadan.

Jarak daerah dari dalam sempadan Gaza tidak boleh dikira. Ianya akan dikira bermula dari luar garisan sempadan.

Ya, apa yang telah digembar-gemburkan sebelum ini (bahawa Palestin akan dihapuskan dari peta dunia) benar-benar telah berlaku! Rakyat Palestin terus sengsara. Mereka perlukan sokongan dan dokongan daripada seluruh umat Islam di seluruh Dunia. Perjuangan mereka adalah perjuangan yang sah mengikut undang-undang dunia dan merupakan jihad. Teruslah menghulurkan bantuan kepada mereka. Salurkan bantuan-bantuan anda melalui AMAN PALESTIN. Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan hari ini, bila lagi?

Wallahua'laam....

p/s: Ikuti Bicara Rakyat mengenai Isu Palestin dan Israel bersama Ustaz Abdullah Zaik (Presiden Eksekutif Aman Palestin), Ustaz Hasan Basri (Bekas Ketua Penerangan PAS) dan PM Dr. Ridhuan Tee (UPNM).


Feel free to like, share and comments... (^__^)

Sunday, February 5, 2012

Bedah Buku: TaFriq?? Apakah itu?

Tajuk Buku: Rintangan Sepanjang Perjalanan

Tafriq ialah penyakit lalai dalam beramal siang dan malam (tanggungjawab banyak tetapi tidak komited dalam kerja, suka menangguh-nangguhkan kerja). Sebagai contoh, sepatutnya kita solat subuh jemaah, tetapi melalaikannya. Tidak seimbang antara kerja seharian dengan ibadah.

"Tafriq = Lalai dalam beramal"

Tanggungjawab kita sebenarnya banyak. Ya, banyak memang banyak. Imam Al-Banna menyatakan bahawasanya "Waajibaat aktharu minal auqaat". Maksudnya tanggungjawab melebihi masa-masa yang ada. Justeru itu, mari kita lihat apa faktor-faktor, kesan-kesan dan cara merawat penyakit "Tafriq" ini.


Gambar hiasan: Kelalaian boleh menyebabkan banyak implikasi buruk terhadap amal islami


Faktor-Faktor Yang Membawa Kepada Tafriq

1. Mengotori diri dengan maksiat dan dosa-dosa kecil [42:30].
2. Berlebihan dengan perkara-perkara yang mubah (harus). Contohnya makan berlebihan, tidur berlebihan, merasakan selesa dengan sesuatu perkara, suka kerehatan (comfort zone).
3. Tidak mengetahui nilai nikmat dan cara untuk mengekalkan nikmat tersbut [14:7].
4. Lalai akan keperluan beramal siang dan malam seperti membaca mathurat, solat berjemaah dan tilawatul Quran.
5. Hilangnya tasawur (gambaran) yang benar tentang hakikat ganjaran daripada beramal siang dan malam.
6. Melupakan kematian [3:185].
7. Merasakn diri sudah sempurna. Contohnya, apabila sudah berusrah, rasa diri sudah cukup baik, tidak perlu beramal lagi.
8. Terlalu banyak kerja, bebanan dan kewajipan sehingga melupakan wajibat harian seperti membaca Al-Quran dan solat berjemaah. 
9. Suka bertangguh.
10. Ikut qiadah / naqib membuat perkara kelalaian.

Saidina Umar berkata "Kekuatan kamu adalah kamu tidak menangguhkan kerja hari ini pada hari esok".

Kesan-Kesan Tafriq Kepada Individu

1. Keresahan dan kegelisahan jiwa (tidak tenang).
2. Kurang melakukan amal / kewajipan.
3. Keberanian bermaksiat.
4. Lemah dan hancurnya daya tahan [11:52].
5. Dijauhkn daripada mendapat taufiq hidayah daripada Allah (nauzubillah).
6. Hiangnya kewibawaan dan pengaruh manusia kepada pendakwah.

Kesan-Kesan Besar Pada Amal Islami
1. Menyebabkan jemaah banyak bebanan yg tidak selesai
2. Tiada keteguhan dalam menghadapi mehnah dan tribulasi (ujian).


Gambar hiasan: Mengingati kematian antara cara terbaik bermuhasabah diri


Cara-Cara Merawat

1. Menghayati Al-Quran dan Sunnah
2. Seimbang dalam urusan (tidak berlebihan dan bersederhana)
3. Sentiasa berjemaah
4. Sentiasa meneladani orang-orang yang soleh
5. Sentiasa mengingati kematian

"Setiap jiwa pasti akan merasai kematian..."
[Surah Ali-Imran, 3: Ayat 185]

Saturday, January 14, 2012

Bahaya Syiah dan Gerakannya

Assalamualaikum wbt...

[Saya menulis artkel ini adalah supaya penerangan berkaitan SYIAH dapat disebarluaskan]

Berikut merupakan kompilasi berkenaan SYIAH yang harus kita semua tahu. Saya menulis semata-mata agar sahabat-sahabat saya dikalangan Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) dapat melihat sendiri kesan yang berlaku di negara saudara seakidah kita, seterusnya dapat menilai sendiri siapakah SYIAH di sebalik topeng yang mereka pakai!

1. Syiah di IRAQ. Lihat video di bawah....





4. Kenapa masih ramai yang tidak faham Syiah? Ikuti penjelasan oleh Maulana Asri Yusuf...


5. Syiah di Malaysia semakin berani: MEMORANDUM Syiah Malaysia kepada DYMM YDP Agong (Sumber: Al-Ahkam)


******************************************************************

Saya akan update lagi info dari semasa ke semasa... Tolong sebar-sebarkan kepada kawan-kawan yang lain....

Friday, January 13, 2012

Japan: Budaya Kerja Yang Anda Mesti Tahu

Assalamualaikum wbt....
dan
Salam Sayyidul Ayyam

Kali ni saya ingin berkongsi mengenai budaya kerja Jepun yang oseM! (baca awesome). Selalunya bila orang berbicara mengenai Jepun, mereka akan 'tabik spring' kepada masyarakat Jepun. So, kita tengok dengan lebih dekat apa budaya kerja mereka yang membolehkan mereka terus mengorak langkah ke hadapan dengan LAJU.
.
.
.
Sebelum tu, cuba lihat gambar di bawah ni...

Gambar hiasan: Pekerja-pekerja di Jepun

Okey, apa persamaan yang anda dapat?

Semua berjalan kaki?

Hurm... betul jugak tu. Tapi ada satu lagi... cuba teka lagi....

Baju mereka semua lebih kurang sama?

Ya! Itu yang saya nak maksudkan. Baju yang mereka pakai ke pejabat kesemuanya nampak lebih kurang sama. Anda takkan dapat membezakan antara CEO dengan pekerja biasa, kerani, technician, engineer dan lain-lain. Kesemuanya kelihatan sama. Apa positifnya bila jadi begini?

Kesannya ialah, bila semua pekerja kelihatan serupa, mereka tak dapat bezakan siapa yang lebih baik dikalangan mereka. So, mereka akan menghormati sesama mereka. Yang senior tidak timbul rasa ego akan senioritinya. Yang baru pula takkan rasa disisihkan atau terlalu merendahkan diri. Masing-masing akan cuba melakukan yang terbaik terhadap kerja mereka.
.
.
.
Cara berpakaian seperti ini juga dapat kita lihat pada Jemaah Haji. Samada orang kaya atau miskin, tua atau muda, berpangkat atau tidak, kesemuanya memakai pakaian ihram yang serupa, iaitu berwarna putih. Jemaah Haji saling merasakan kesatuan hati dan dapat fokus pada ibadah yang mereka laksanakan.

Gambar hiasan: Suasana ketika musim Haji

Oleh itu, kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah...

Cara berpakaian sama = memudahkan kesatuan hati
Niat sama = memudahkan kesatuan hati

Kesatuan hati = meningkatkan PRODUKTIVITI

Wallahua'laam...
Wassalamualaikum wbt.

Sunday, January 8, 2012

EGO? Masihkah ada penawarnya?

Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ini saya nak bercerita mengenai ego. Ego ini boleh berlaku tidak kira pada lelaki ataupun wanita. Ego yang semakin meninggi boleh menyebabkan seseorang itu hilang kawalan diri lalu nafsu merajai diri.

Bila seseorang itu hadir sikap egonya, dia mula akan merasakan hanya diri dia sahaja yang betul. Semua orang salah. Bolehkah begitu?

Ego boleh hadir bila seseorang itu merasakan diri dia sahaja yang terbaik, lalu menafikan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain. Ego hadir bila seseorang itu hanya memikirkan hak dia sahaja, lalu mengabaikan hak orang lain. Ego juga boleh hadir bila seseorang itu telah terbiasa berada dalam suasana yang kondusif, iaitu keadaan dimana kata-kata dia sering diterima orang, kehadiran dia dimuliakan orang, dan apa yang dia lakukan sering menjadi tumpuan dan ikutan orang disekelilingnya. Sebenarnya ini merupakan salah satu virus yang boleh menyebabkan rosaknya ukhuwah! 


Gambar Hiasan


Jadi sahabat-sahabat, bagaimanakah untuk menurunkan ego ini?

Suka saya mengajak sahabat-sahabat untuk merenung kata-kata daripada As-Syahid Imam Hasan Al-Banna:

"Serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada. Dan setinggi-tinggi ukhuwah adalah mendahulukan saudara mereka"

Nah sahabat-sahabat, pernahkah kita terfikir untuk menjadi orang yang mula-mula mendahulukan sahabat kita? Umpamanya semasa makan ambilkan air untuk orang lain atau melayan keperluan tetamu dengan layanan yang terbaik seperti layanan kepada orang yang paling kita sayangi? Pernahkah juga kita berlapang dada apabila ada perselisihan-perselisihan yang berlaku diantara kita dengan sahabat-sahabat kita?

Imam Syafie pernah berkata "Kataku mungkin salah dan kata penentangku mungkin benar"

Jika berjuang kerana Allah, terkadang ada masa-masanya ego kita harus diketepikan buat sementara waktu. Allah SWT berfirman dalam Surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud:

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu..."

Justeru dapat disimpulkan disini bahawa ego itu merupakan suatu fitrah yang wujud dalam diri setiap insan. Ego boleh dikawal jika kita mengamalkan sikap berlemah-lembut terhadap saudara kita, mengutamakan sahabat-sahabat kita dan berlapang dada ketika ada perselisihan-perselisihan yang berlaku.

Semoga kehidupan sahabat-sahabat selepas ini lebih ceria, tenang dan bahagia dalam mengharungi hari-hari mendatang. 

Wassalamualaikum wbt.