Kota Baghdad bermandikan darah,
Sungai Tigris pula bersimbahkan dakwat,
Hancur musnah empayar bersejarah,
Kini umat Islam semakin tenat.
Berzaman aku ratapi,
Bertahun aku tangisi,
dan berbulan aku raungi,
Apakah patut ia terus disesali,
dan terus disesali...
Aku melihat tiada harapan,
Mereka juga turut mengiakan,
Aku merasakan kita gagal,
Tiada siapa yang berani sangkal.
Tika kita menyerah kalah,
Dia datang mengibar bendera,
Tika kita telah berputus asa,
Dia berkata belum terbenam, hanya gerhana,
Tika kita merasakan mereka telah mati,
Dia berkata belum lagi, masih bermimpi!
PENERANGAN :
- Rangkap 1: Menggambarkan realiti umat Islam sekarang pada zahirnya.
- Rangkap 2: Umat Islam yang sedar akan realiti ini begitu sedih dan hiba dengan keadaan yang berlaku.
- Rangkap 3: Penulis cuba membuat kesimpulan bahawa kebangkitan semula Islam itu suatu yang hampir-hampir mustahil. Hampir semua masyarakat zaman ini menyetujuinya. Manakan tidak, jika ada sahaja usaha-usaha untuk memartabatkan Islam dijulang, akan ada sahaja yang dengki dengan Islam datang mencantas. Sejak dari zaman kejatuhan Baghdad, ada usaha-usaha untuk membangkitkan Islam. Tetapi sehinggalah zaman Khalifah Turki Uthmaniah yang terakhir, Islam telah jatuh sejatuh-jatuhnya dan tidak bangkit-bangkit lagi.
- Pernah ada usaha untuk mengumpulkan kembali kekuatan Islam selepas kejatuhan Khalifah terakhir, akan tetapi usaha itu bukanlah usaha yang terbaik. Kerana semasa zaman itu, umat Islam sudah semakin jauh dari syariat Islam. Kata seorang Syeikh ketika itu "apakah kamu mahu mengumpulkan hati-hati yang kosong"?
- Rangkap 4: Semasa zaman Imam Hasan Al-Banna, masyarakat sudah merasakan sangat berputus asa. Akan tetapi, Imam As-Syahid meniupkan roh semangat dalam hati umat-umat Islam. Beliau membuat kesimpulan yang sangat adil terhadap situasi umat Islam, iaitu umat Islam hanya terbius tidur. Bukan mati.
- Ini membawa erti, umat Islam kini haruslah kembali berjaga dari tidur yang lena. Laungkan ngauman gagahmu itu! Kobarkan semangat juangmu itu! Dan sambutlah seruan-seruan kesatuan ummah!
2 comments:
Bagus sajak ni.
'Tajuk' dia kalau boleh bagi lebih mantap yang ada roh semangat.
Tahniah.
dari BangMan Seremban
Terima kasih...
InsyaAllah akan diperbaiki lagi...
Post a Comment