Pages

Selamat Datang... Ahlan wasahlan...

Sunday, January 23, 2011

Mengapa Ulul Albab?

"Dan orang-orang yang menjauhi thaghut (yaitu) tidak menyembah- nya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira, oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang disampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab
[Az-Zumar, 39: Ayat 17-18]

Ulul Albab adalah istilah yang telah digunakan dalam Al-Quran. Istilah yang tepat menggambarkan sosok tubuh seorang insan yang dapat membezakan mana satu yang baik dan mana satu yang patut ditinggalkan, dan mereka menuruti apa yang terbaik!

Istilah "Ulul Albab" ini adalah sangat persis kepada apa yang didefinisikan oleh Al-Quran. Kalimah-kalimah dalam Al-Quran adalah kalimah-kalimah terpilih yang Allah berikan tepat sepanjang zaman, dan di mana-mana benua sekalipun.




Ringkasnya, Generasi Ulul Albab ialah:

  • Golongan yang tidak menyembah Thaghut, iaitu Syaitan dan selain Allah
  • Golongan yang dapat membuat keputusan terbaik dengan pemikiran yang waras

Jika anda punya ciri-ciri ini, anda juga adalah Ulul Albab!

p/s: "Ulul Albab" dan Ahmad Albab dalam cerita P.Ramlee adalah istilah yang jauh berbeza. Ulul Albab adalah kalimah yang Allah gunakan untuk memuliakan hambaNya yang taat dan bijak membuat keputusan.

1 comment:

sklemoi said...

Salamm..
Tolong sempurnakan selengkapnya..
istilah ULUL ALBAB..dari AQ
Jika tidak anda.. diantara orang2 yang memilahkan kitab ALLAH.. seperti yang telah dilakukan oleh kebanyakkan manusia..
Artikel yang menarik untuk dibaca..
http://www.millahibrahim.net/
kepada ALLAH kita kembali..