Pages

Selamat Datang... Ahlan wasahlan...

Thursday, January 27, 2011

rEsOLuSi 2011

Masa lapang biasanya tak buat apa-apa, saje relax-relax, teringat resolusi (lebih berbentuk keazaman) yang dibuat bersama Ustaz Fuaz dan beberapa sahabat yang lain semasa program membedah buku Munthalaq. Ok, ape dia resolusi tu agaknya ye?

1. Menambahbaikkan amal fardi

Berat ni, terutama solat Subuh berjemaah dan solat-solat fardhu pada awal waktu. Selalu ada je godaan bila orang tengah azan. Masa azan, time tu la rajin nak buat kerja-kerja. Masa orang lambat lagi azan taknak settlekan. Ish3x... Sikap disiplin ni kena tingkatkan.

So, jalannya adalah seperti semester lepas. Kalau nak bangun awal, tido ler awal. Kalau tido lambat tu, skill nak bangun awal senang je. Mabit (bermalam) di MSI. Settle~

2. Mempergiatkan DF

Ni lagi kerja berat ni. Perlukan kesungguhan dan stamina serta kesabaran yang tinggi. Macamana yer nak ajak kawan-kawan penuhkan surau, solat berjemaah sama-sama? Any idea boleh share. Setakat ni planning sahabat saya nak buat iftar dan tazkirah selepas maghrib. Saya setuju~

3. Memperkayakan tsaqofah (Pengetahuan)

Banyak sumber rujukan yang boleh diambil. Terutamanya dari ustaz-ustaz. Website-website ni InsyaAllah boleh membantu...

 




Wabsite ni sangat sesuai untuk semua. Ustaz Hasrizal banyak menyentuh mengenai kehidupan, kekeluargaan dan banyak nasihat-nasihat berguna diterapkan terutamanya buat golongan muda.








Walaupun penulisan-penulisan Ustaz Asri ni banyak yang agak kontroversi, tapi disitu sebenarnya banyak nilai-nilai ilmiah yang diterapkan. Idea-idea yang diutarakan mungkin banyak yang kurang sesuai dengan keadaan dan suasana setempat. Tetapi siapa tahu idea-idea itu akan dapat digunapakai oleh generasi-generasi akan datang.









Ustaz Zaharuddin ni orang cakap ada iras-iras muka saya. Anyway, Ustaz ni patut diberi credit sebab banyak menulis mengenai kewangan semasa, forex, mLm, dan lain-lain.
_____________________________________________________________________


Semester ini pun kena banyak membaca buku. Dah hampir sebulan berlalu dalam tahun 2011 ni. Setakat ni, tahun ni Alhamdulillah berjaya menghabiskan buku...

Don't send a CV - by Jeffrey J. Fox
Baca sebelum pergi 1st interview Toshiba. Alhamdulillah banyak membantu.





Akan datang, InsyaAllah akan cuba habiskan...

Develop your NLP Skills - Published by The Sunday Times
Ni buku tatacara bagaimana nak mempertingkatkan cara berkomunikasi melalui Neuro-Linguistic Programming



Manhaj Haraki - Strategi Pergerakan dan Perjuangan Politik dalam Sirah Nabi
Membaca buku Sirah ni penting sebab ia membawa kita sangat dekat dengan tatacara kehidupan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Terkadang tu, motivasi diri ketika susah datangnya hasil dari penghayatan kisah-kisah Sirah. Bila mengenangkan Nabi kita, terasa teramat sangat mahu berdampingan dengan baginda. Betapa kami mencintaimu ya Rasulullah...



Hafaz surah-surah dalam juzuk 29
Sekarang ni sedang intensif mendengar Surah Al-Qalam. Semoga hasil dari mendengar secara intensif ini akan memudahkan menghafaznya.



Setakat ini planning yang ada. Biar sedikit, tapi istiqamah dan habiskan dengan baik. Wallahua'laam...

No comments: