Pages

Selamat Datang... Ahlan wasahlan...

Sunday, January 23, 2011

CaRa hiDup LeBih pEntiNg daRi CaRa mAti

Semalam dengar tazkirah pagi oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Tajuk yang menarik dikala awal pagi. Sambil-sambil drive hantar adik pergi sekolah, dapat juga pengisian jiwa melalui radio IKIM.



Kata Ustaz Pahrol...
CaRa hiDup LeBih pEntiNg daRi CaRa mAti...
CaRa hiDup mEneNtukAn CaRa mAti,
CaRa mAti mEneNtukAn CaRa diBaNgkitkAn,
CaRa diBaNgkitkAn mEneNtukAn sAmaDa kE SyuRgA atAu kE NeRakA...

- Ust. Pahrol Mohd Juoi -



Nampak macam berpantun pulak kata-kata ustaz ni, tapi cukup berkesan untuk kita mengkoreksi diri kita. Kata Ustaz lagi...(yang maksudnya lebih kurang)
Ramai orang lebih memikirkan bagaimana cara dia akan mati. Tapi tak ramai orang memikirkan bagaimana cara untuk hidup. Sedangkan cara hiduplah yang akan menentukan bagaimana cara kita akan mati.
 
Wah, bagaimana tu? Ok, saya explain lebih lanjut. Kita lihat dua situasi ini...
  1. Orang nampak si A mati dalam masjid. Mereka kata wah, bagusnya mati dalam masjid. Kematian si A ni mesti dalam keadaan yang baik
  2. Orang nampak si B mati dalam tandas. Mereka kata kasihan si B, mati dalam tandas. Kematian si B ni mesti kematian yang buruk.

Tetapi disebalik ceritanya, sebenarnya cara hidup si A dan si B ni adalah seperti ini...
  1. Si A ni sebenarnya kerjanya mencuri. Suatu hari sedang dia mencuri duit dalam tabung masjid, ditakdirkan ajalnya tiba. Maka dia mati di dalam masjid. Tempat kematiannya adalah di dalam masjid. Tapi sebenarnya kematiannya adalah kematian yang buruk. Nauzubillah min dzalik...
  2. Si B ni pula sebenarnya seorang ahli ibadah yang taat dan hamba Allah yang soleh. Suatu hari dia sedang mandi sunat untuk menunaikan solat tahajjud. Ditakdirkan Allah ajalnya tiba ketika dia sedang mandi. Maka kematiannya adalah di dalam tandas. Tatapi kematiannya adalah kematian yang baik.

Rumusan
  • Cara hidup adalah lebih penting kerana ia menentukan baik buruknya kematian kita.
  • Islam adalah cara hidup yang sempurna. Laksanakan tuntutan Islam sebaiknya dan jauhi segala tegahan dalam Islam.
~ ISLAM IS THE WAY OF LIFE ~

No comments: